Selasa, Disember 27, 2022

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi I : 2022/2023 - FASA 1

  Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani & akan tamat latihan industri sesi Sesi I : 2022/2023 FASA 1. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2022/2023 FASA 1 adalah pada 02 JANUARI 2023 (Isnin) bermula jam 8.15 pagi di Dewan Kuliah Utama dan seterusnya di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 02 Januari 2023 - 05 Januari 2023 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Isnin, September 26, 2022

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi II : 2022/2023

 Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi 2 : 2022/2023 akan datang, pendaftaran kursus Latihan Industri perlu dibuat dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum atau pada ;

06 OKTOBER 2022

Dokumen yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Penasihat Akademik untuk disahkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing.

Disertakan pada pautan di bawah ini, dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing. Dokumen juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.

DOKUMEN PENDAFTARAN

BORANG JAWAPAN & SURAT PERMOHONAN LI

Pastikan anda tidak berlengah dalam membuat permohonan dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku dan menyusahkan banyak pihak.

Sila rujuk semula pautan slaid Taklimat Pengenalan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kursus LI.

SLAID TAKLIMAT PENGENALAN LI SESI 2 : 2022/2023



Isnin, September 19, 2022

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi II : 2021/2022 - FASA 2 & PKLI

  Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani @ akan tamat latihan industri sesi Sesi II : 2021/2022 FASA2 & PKLI. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2021/2022 FASA2 & PKLI adalah pada 26 SEPTEMBER 2022 (Isnin) bermula jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sila berjumpa dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri (KPLIJ) di jabatan masing-masing untuk melapor diri balik LI.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 26 September 2022 - 29 September 2022 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Ahad, September 11, 2022

Surat Permohonan dan Borang Jawapan Sesi I : 2022/2023 untuk FASA 2 dan PKLI

 Bagi pelajar-pelajar yang masih belum mendapat tempat LI untuk Sesi I : 2022/2023 - FASA 1, anda masih berpeluang mendapatkan tempat sehingga tarikh LI pada FASA 2 & PKLI bermula, iaitu pada tempoh ; 

17 Oktober 2022 sehingga 03 Mac 2023

Oleh itu, permohonan baharu perlu oleh dibuat oleh pelajar-pelajar ini kepada syarikat masing-masing menggunakan tarikh bermulanya LI yang baharu ini, seperti yang tertera dalam borang-borang baharu yang boleh dimuat turun melalui pautan di bawah ini.

Surat Mohon LI & Borang jawapan FASA 2

Surat Mohon LI & Borang jawapan PKLI

Borang baharu ini juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI. Setelah permohonan berjaya, sila hubungi UPLI untuk pendaftaran syarikat.

Untuk pelajar yang telah mendapat tempat LI di FASA 1, tahniah. Teruskan LI dan jangan berfikir untuk menukar tempat ke FASA 2 kerana PERTUKARAN tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah SALAH dan DILARANG SAMA SEKALI.

**JANGAN GUNAKAN borang lama, bertarikh 15 Ogos 2022 - 30 Disember 2022 jika anda LI di FASA 2 & PKLI. Pastikan tarikh dalam surat dan borang adalah BETUL sebelum digunakan.


Selasa, Julai 19, 2022

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi II : 2021/2022 - FASA 1

 Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani @ akan tamat latihan industri sesi Sesi II : 2021/2022 FASA 1. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2021/2022 adalah pada 25 JULAI 2022 (Isnin) bermula jam 8.30 di Dewan Muadzam Shah dan di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 25 Julai 2022 - 28 Julai 2022 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
  • Pelajar boleh merujuk Senarai Pensyarah Penilai dalam pautan di bawah;
  • Panduan Penuh Perlaksanaan Penilaian Akhir LI Sesi II : 2021/2022 ini juga boleh di dapati dalam laman web rasmi PTSB dan Telegram Rasmi UPLI PTSB.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Ahad, April 10, 2022

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi I : 2022/2023

 Perhatian kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi I : 2022/2023. Setelah mendengar taklimat Pengenalan LI tempohari, diharapkan semua pelajar sudah selesai mendaftar secara Online di SPMP iUPLI sebelum ke langkah seterusnya iaitu melengkapkan borang-borang pendaftaran. 


Disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi I : 2022/2023. Borang-borang ini juga boleh didapati dalam SPMP iUPLI.


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing, pada atau sebelum;

21 April 2022
 
Penting:

JANGAN BERTANGGUH. Pencarian syarikat perlu dibuat seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari. Sila rujuk pautan-pautan di bawah untuk prosedur pendaftaran, tips pencarian syarikat dan link taklimat pengenalan untuk maklumat lanjut. 

Bagi yang telah berjaya mendapatkan tempat, sila hantar surat jawapan daripada syarikat masing-masing kepada UPLI dan simpan salinan borang jawapan sehingga pendaftaran LI selesai, barulah pendaftaran syarikat boleh dibuat sendiri di laman web SPMP.


Ahad, Februari 13, 2022

Proses Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi 1 : 2021/2022 - FASA 1, FASA 2 & FASA 3 (TERMASUK PKLI)

 

Perhatian kepada semua pelajar yang telah tamat dan sedang menjalani latihan industri sesi 1 : 2021/2022 FASA 1, FASA 2 & FASA 3 (termasuk PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa penilaian tamat LI dijalankan;

  • Proses Penilaian pelajar selepas tamat LI (melibatkan Pembentangan & LALI) akan dilaksanakan pada tempoh masa seperti berikut mengikut fasa masing-masing;
    • FASA 1 : bermula pada 12 - 17 Februari 2022 (5 hari sahaja).
    • FASA 2 : bermula pada 12 - 17 Mac 2022 (5 hari sahaja). 
    • FASA 3 & PKLI : bermula pada 09 - 12 April 2022 (4 hari sahaja).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk pautan memo di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menjalani penilaian tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
    • Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
    • Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
  • Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Latihan Industri Sesi 1 : 2021/2022 >>>di sini<<<
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Ahad, Januari 16, 2022

MAKLUMAN PENTING : Perubahan Perlaksanaan LI bagi Sesi II : 2021/2022

 Berikutan situasi banjir yang lepas, perlaksanaan LI bagi sesi II : 2021/2022 telah mengalami perubahan dari segi tempoh perlaksanaannya. Oleh itu, Latihan Industri pada sesi tersebut akan mengikut ketetapan seperti berikut;

    i. FASA 1 : Bermula 06/07 Mac 2022 hingga 21/22 Julai 2022 (Tarikh baharu. Tarikh asal pada 21/02/2022 - 08/07/2022 adalah TERBATAL. Pelajar yang telah mendapat tempat ketika ini akan memulakan LI masing-masing mengikut tarikh baharu ini. Surat makluman pindaan tarikh untuk edaran kepada syarikat boleh dimuaturun di pautan ini >> Surat makluman pindaan tarikh LI sesi II : 2021/2022)

    ii. FASA 2 : Bermula 08/09 Mei 2022 hingga 22/23 September 2022 (Untuk pelajar Penilaian Khas (PK). Namun pelajar yang bukan PK juga boleh menjalani LI pada tarikh ini atas sebab-sebab kekangan yang tak dapat dielakkan.) 

Oleh yang demikian, pelajar yang belum mendapat tempat LI dikehendaki untuk menggunakan Surat Permohonan LI & Borang Jawapan yang baharu (bertarikh baharu FASA 1) yang boleh di muat turun di link di bawah ini atau di portal i-UPLI SPMP masing-masing untuk memohon tempat LI. 

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan (Tarikh Baharu) FASA1

Bagi yang telah mendapat tempat, tahniah diucapkan. Bagi yang belum, teruskan mencari dan cuba elakkan untuk berada di FASA 2. Selalu diingatkan, Pertukaran tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah kesalahan serius dan boleh diGAGALkan LI. 


SELAMAT MENEMPUHI LATIHAN INDUSTRI. SELAMAT BERJAYA.