Khamis, Januari 25, 2018

TIPS RINGKAS: Pencarian Syarikat untuk Penempatan LI

Bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri sesi Jun 2018 ini, digalakkan untuk selalu melayari Laman Makluman/Berita Tawaran LI i-UPLI (tanpa login) di ruangan Laman Web/Portal Pautan di sebelah kanan blog ini untuk iklan-iklan tawaran LI terkini daripada syarikat-syarikat di serata tempat di Malaysia. Ia juga boleh diakses melalui laman web SPMP i-UPLI (dengan login).

Selain itu, pelajar juga boleh membuat carian syarikat melalui laman web SPMP i-UPLI untuk mencari syarikat yang telah sedia ada dalam "database" i-UPLI dan buatlah tinjauan melalui rakan-rakan atau hubungi sendiri pihak syarikat untuk mengetahui serba sedikit latar belakang syarikat sebelum membuat permohonan. 

Ingat; jangan memohon tanpa melakukan tinjauan. 
Sentiasa berhemah semasa berurusan.

Jangan Putus Asa dan Semoga Berjaya!

Rabu, Januari 10, 2018

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Pelajar Sesi Jun 2018

Pendaftaran Kursus Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2018 akan datang telah dibuka bermula sekarang.
Pelajar dikehendaki untuk mengisi borang-borang yang diperlukan sepertimana telah diterangkan dalam Taklimat Pengenalan Latihan Industri. Borang perlu dikembalikan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan pengajian masing-masing dengan segera. Pelajar seterusnya boleh mula memohon tempat Latihan Industri mengikut syarikat pilihan masing-masing.

Borang-Borang LI

Mohon secara berhemah dan sentiasa 'follow up' permohonan anda.