Rabu, Jun 10, 2020

Surat Mohon LI beserta Surat Jawapan Sesi Jun 2020 (PKP)

Bagi pelajar-pelajar Sesi Jun 2020 yang belum mendapat tempat latihan sepanjang tempoh PKP ini, bolehlah menggunakan borang baharu untuk membuat permohonan LI yang mana boleh di muat turun melalui pautan di bawah ini;


Bagi pelajar Jun 2020 yang telah mendapat tempat, mohon maklumkan perubahan tempoh LI kepada organisasi/syarikat masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan dengan merujuk blog ini atau FB : UPLIPTSB.

Sila gunakan dengan berhemah.

Selasa, Jun 09, 2020

MAKLUMAN PENTING : Perubahan Tarikh-Tarikh Penting Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI), Sesi Jun 2020 dan Sesi Jun 2020 (PKLI)

Dimaklumkan, disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan PKP yang sedang berlangsung sehingga kini, berlaku perubahan pada tarikh-tarikh penting Latihan Industri untuk Sesi Disember 2019 (PKLI), Sesi Jun 2020 dan Sesi Jun 2020 (PKLI).

Perubahan adalah seperti berikut;

PERKARA
TARIKH ASAL
TARIKH BAHARU
CATATAN
Tamat LI
Sesi Disember 2019 (PKLI)
19 Jun 2020
04 September 2020
-Hanya untuk yang bercuti sejak PKP bermula. Perlu untuk menyambung sesi LI
-Bagi yang terus bekerja semasa PKP, tidak perlu sambung. Tamat LI mengikut tarikh asal.
Tempoh LI Sesi Jun 2020
29 Jun 2020 – 13 November 2020
FASA 1 :
13 Julai 2020 – 27 November 2020
@
FASA 2 :
03 Ogos 2020 – 18 Disember 2020
-Memberi lebih kesediaan dan keselesaan kepada syarikat untuk menerima pelajar.
-Memberi lebih masa dan ruang kepada pelajar mencari tempat LI.
Tempoh LI Sesi Jun 2020 (PKLI)
13 Julai 2020 – 27 November 2020
FASA 2 :
03 Ogos 2020 – 18 Disember 2020

Oleh yang demikian, diminta pelajar-pelajar untuk sesi yang terlibat agar peka dengan perubahan-perubahan tarikh tersebut dan mematuhinya agar tidak timbul sebarang permasalahan dalam penilaian LI masing-masing nanti.

Jika ada sebarang masalah berkaitan, boleh hubungi kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB seperti yang tertera di sebelah kiri web ini.