Selasa, Julai 21, 2020

PERINGATAN: Pendaftaran Syarikat di SPMP bagi Sesi Jun 2020 (perubahan baharu 21.07.2020)

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri pada sesi Jun 2020, anda dinasihatkan untuk mencari tempat Latihan Industri bermula dari sekarang bagi mengelakkan kegusaran di saat akhir. Oleh kerana tempoh LI telah berubah ke tarikh yang baharu, FASA 1 dan FASA 2 (sila rujuk catatan blog sebelum ini), maka tarikh akhir pendaftaran syarikat pun telah berubah, iaitu;


31 Mei 2020
15 Jun 2020
(yang ini sebelum PKP, TERBATAL) 

30 Jun 2020
(untuk FASA 1, LI bermula pada 13 Julai 2020)

23 Julai 2020
(untuk FASA 2 & PKLI, LI bermula pada 03 Ogos Julai 2020)

Ini adalah bagi memberi ruang kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan yang lain sebelum anda ke organisasi masing-masing.

Bagi yang sudah mendapat tempat dan telah mendaftar syarikat, tidak perlu untuk memohon ke tempat yang lain pula. Fokus dan tumpukan perhatian anda pada persediaan untuk menempuh alam baru Latihan Industri selepas ini.

MAKLUMAN BAHARU : 
Bagi pelajar yang belum mendapat tempat diharap segera mendaftarkan syarikat masing-masing sebelum tarikh akhir di atas. Namun begitu, atas budi bicara, kami masih boleh menerima pendaftaran sehingga tarikh bermulanya LI Fasa 2. 

PERHATIAN : Jika ada masalah ketika mendaftar syarikat (syarikat/pegawai tiada atau berlainan dari dalam spmp) sila maklum atau datang sendiri di UPLI untuk kami bantu daftarkan. 

NAMPAK MACAM LAMA LAGI, TAPI SEBENARNYA SEKEJAP SAJA.
JIKA LAMBAT JUMPA KERANA PKP, HARAP BERTABAHLAH.

Ahad, Julai 12, 2020

Lapor Diri di Organisasi Sesi Jun 2020

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang melapor diri di organisasi masing-masing bermula hari ini atau esok (12@13/07/2020) untuk FASA 1 versi PKP. Jadi, gunakanlah masa ini sebaik-baiknya untuk menimba sebanyak mana pengalaman dan ilmu sebelum anda benar-benar berada dalam alam pekerjaan.

Namun, untuk penempatan kali ini, SURAT RASMI PENEMPATAN DARIPADA UPLI KE SYARIKAT, hanya akan diemailkan ke Syarikat/Organisasi masing-masing sekiranya ada permintaan. Maka anda perlu memaklumkan kepada pihak Syarikat/Organisasi mengenai hal ini. Emailkan permintaan anda ke kupli@ptsb.edu.my sekiranya memerlukan.

Sebagai alternatif, anda boleh PRINT sendiri SURAT PENEMPATAN LI (Salinan Pelajar untuk Syarikat) untuk dibawa dan diberikan kepada syarikat semasa melapor diri.

Untuk tatacara ringkas melapor diri anda boleh rujuk di sini;