Khamis, Jun 01, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat LI Pelajar PENILAIAN KHAS Sesi Disember 2016

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2016 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2016 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 12 JUN 2017 (Isnin) jam 9.00 pagi 
  • Pendaftaran dibuat terus di Jabatan Pengajian masing-masing. 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 12 JUN 2017 (Isnin) sehingga 15 JUN 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk urusan penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.