Rabu, November 29, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat LI Pelajar PENILAIAN KHAS Sesi JUN 2017

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Jun 2017 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2017 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 11 DISEMBER 2017 (Isnin) jam 9.30 pagi 
  • Pendaftaran dibuat terus di Jabatan Pengajian masing-masing. 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 11 DISEMBER 2017 (Isnin) sehingga 14 DISEMBER 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk urusan penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Isnin, November 27, 2017

Surat Mohon Tempat LI & Borang Jawapan Bagi Pelajar Sesi DISEMBER 2017 (PK)

Bagi pelajar-pelajar yang menjalani penilaian khas dan akan menjalani latihan industri pada 05 Februari 2018 sehingga 22 Jun 2018, dan masih belum mendapat tempat, pelajar perlu menggunakan borang-borang baru yang boleh diakses melalui link di bawah ini untuk berurusan dengan pihak syarikat. Harap maklum.


Ahad, Oktober 29, 2017

Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Jun 2017

Berikut disertakan Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri bagi Sesi Jun 2017 yang akan  mendaftar balik LI pada 06 November 2017 ini, mengikut jabatan pengajian masing-masing.

Sila hubungi penilai anda untuk urusan penilaian Latihan Industri masing-masing. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), PTSB.


**Sentiasa amalkan komunikasi secara berhemah semasa berurusan.

Isnin, Oktober 23, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2017

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Jun 2017. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2017;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2017 adalah pada 06 NOVEMBER 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi di  DEWAN KULIAH UTAMA, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 06 NOVEMBER 2017 (Isnin) sehingga 09 NOVEMBER 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian. (Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD, 29 OKTOBER 2017). 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.

Jadual Penuh Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi JUN 2017 boleh didapati di ruangan hebahan dalam laman web utama PTSB.

PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar. 

Khamis, September 28, 2017

PERINGATAN : Pelajar yang Belum Mendapat Tempat LI bagi Sesi Disember 2017 (DIKEMASKINI 31.10.2017)

Adalah diharapkan, pelajar-pelajar yang belum mendapat tempat untuk Latihan Industri bagi Sesi Disember 2017, bertindak SEGERA sebelum tarikh akhir pendaftaran syarikat dalam SPMP berakhir berbaki lebih kurang BEBERAPA MINGGU sahaja lagi.

Peratusan yang telah mendaftar tempat AMAT-AMAT RENDAH! Sila ambil perhatian terhadap perkara ini secara serius.

Sebagai alternatif, anda boleh merujuk senarai syarikat yang berminat melalui link LAMAN MAKLUMAN/BERITA TAWARAN LI I-UPLI di sebelah kanan blog ini, untuk memohon tempat LI, atau buat tinjauan sendiri di kawasan sekitar pilihan anda.

*PENTING : JANGAN LUPA BUAT 'FOLLOW UP'! 

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!

 Berikut adalah statistik terkini peratusan pelajar yang telah mendaftar syarikat dalam SPMP;

JKA    73%
JKE    58%
JKM    44%
JP    75%
Daripada keseluruhan pelajar yang mendaftar LI, hanya 64% sahaja pelajar yang telah mendaftar syarikat.

AMAT MEMBIMBANGKAN. ANDA BILA LAGI?

Mohon perhatian anda semua.

TQVM.

Khamis, September 07, 2017

PERINGATAN MESRA : Pendaftaran Syarikat Dalam SPMP untuk Sesi Dis 2017

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2017, adalah diharapkan supaya dapat mencari penempatan LI dengan kadar SEGERA kerana tarikh tamat pendaftaran syarikat hanya tinggal berbaki lebih kurang 2 BULAN sahaja.

Bagi yang telah mendapat tawaran LI, sila semak surat jawapn anda di Kaunter UPLI dan segera daftarkan syarikat anda dalam SPMP mengikut prosedur yang telah diberitahu semasa taklimat Pengenalan LI sebelum ini. Sila rujuk carta alir di bawah.

Carta Alir Daftar Syarikat 

Bagi rujukan para pelajar juga, Slide Taklimat Pengenalan LI Sesi Disember 2017 dan Carta Alir Penuh Perlaksanaan Sebelum LI kini boleh dimuat turun di ruangan MUAT TURUN LAIN di sebelah kanan blog ini. ===========>>>>>>>>>>>>>>

HARAP MAKLUM.

Selasa, Ogos 08, 2017

Pautan Ke Laman Utama I-UPLI


NAK CARI TAWARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI???

Untuk memudahkan pelajar membuka Laman Utama i-UPLI dan menyemak tawaran LI terkini mahupun yang lama daripada syarikat-syarikat, tanpa melalui login SPMP, pautan (link) akses terus telah ditambah dalam ruangan LAMAN WEB/PORTAL PAUTAN di sebelah kanan blog ini 
=====>>>>>>  

Terima kasih. 

Ahad, Julai 30, 2017

Pendaftaran Kursus Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2017

Seperti yang sedia maklum semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri tempohari, pelajar perlu mendaftar segera Kursus Latihan Industri sebelum tarikh akhir pendaftaran dengan menghantar borang-borang diperlukan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing. Berikut adalah borang-borang diperlukan bagi tujuan tersebut (borang boleh juga dimuat turun dari SPMP i-UPLI). Sila pastikan tarikh dan sesi pendaftaran Latihan Industri adalah betul sebelum menghantar borang.


Pelajar sudah boleh mula memohon tempat LI mengikut panduan terperinci yang telah diberikan semasa taklimat. Terdapat juga syarikat yang menawarkan tempat LI seperti yang diiklankan dalam ruangan Makluman/Berita UPLI di laman UTAMA UPLI dalam web portal SPMP i-UPLI yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelajar boleh menghubungi syarikat secara terus dengan mengemukakan borang-borang yang diperlukan.


Sebarang pertanyaan mengenai Latihan Industri, sila hubungi kami di Pejabat Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB.

Ahad, Julai 02, 2017

Surat Mohon Tempat LI & Borang Jawapan Bagi Pelajar Sesi JUN 2017_PK

Berikut adalah borang-borang yang diperlukan bagi permohonan tempat LI bagi pelajar-pelajar Sesi Jun 2017_PK yang masih BELUM MENDAPAT TEMPAT. Borang-borang ini bertarikh perlaksanaan LI (Penilaian Khas) terkini bagi yang belum mendapat tempat SAHAJA. Bagi pelajar PK yang telah mendapat tempat sebelum ini boleh abaikan borang-borang ini. Harap maklum.

Khamis, Jun 01, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat LI Pelajar PENILAIAN KHAS Sesi Disember 2016

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2016 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2016 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 12 JUN 2017 (Isnin) jam 9.00 pagi 
  • Pendaftaran dibuat terus di Jabatan Pengajian masing-masing. 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 12 JUN 2017 (Isnin) sehingga 15 JUN 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk urusan penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Rabu, Mei 03, 2017

PERINGATAN: Pelajar yang BELUM Mendapat Tempat LI Sesi Jun 2017


Bagi pelajar yang belum mendapat/mendaftar syarikat dalam SPMP yang mana akan menjalani LI Sesi Jun 2017, berikut adalah peringatan yang perlu diambil perhatian;
  • Dapat bertindak SEGERA kerana anda hanya ada masa lebih kurang 3 minggu sahaja sebelum LI bermula. 
  • Segala urusan pendaftaran syarikat perlu dibuat di Pejabat Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB sahaja (Tiada lagi pendaftaran sendiri di SPMP kerana pertukaran sesi).
  • Hubungi kami terus di Unit Perhubungan dan Latihan Industri sekiranya ada pertanyaan lanjut.  
UPDATE 24/5/2017: Berikut adalah peratus pelajar yang belum mendaftar syarikat dalam SPMP mengikut jabatan pengajian masing-masing.
  • JKA  26.6%
  • JKE  40.5%
  • JKM  18.9%
  • JP  29.5%
Hanya keseluruhan 72% pelajar telah mendapat tempat. Anda yang lain, BILA LAGI?????

Ahad, April 09, 2017

Senarai Nama Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Disember 2016

Berikut di bawah adalah senarai nama pensyarah penilai Latihan Industri Sesi Disember 2016 mengikut jabatan pengajian pelajar. Pelajar diingatkan untuk menghubungi pensyarah penilai untuk sesi penilaian masing-masing dan sentiasa berhemah semasa berhubung nanti. 
Terima Kasih.



Selasa, April 04, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2016. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2016 adalah pada 17 APRIL 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi di  DEWAN KULIAH UTAMA, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 17 APRIL 2017 (Isnin) sehingga 20 APRIL 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian. (Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula Isnin, 9 APRIL 2017). 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.

Jadual Penuh Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016 boleh didapati di ruangan hebahan dalam laman web utama PTSB.


PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :
Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar. 


Rabu, Mac 29, 2017

PERINGATAN MESRA: Senarai Semak LI Sesi Jun 2017

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir kepada pelajar-pelajar semester akhir di PTSB yang mana bakal menjalani Latihan Industri pada sesi akan datang. Diharapkan sebelum berakhirnya minggu Peperiksaan Akhir ini, anda yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Jun 2017 ini dapat meneliti beberapa perkara berikut;

  • telah mendaftar latihan industri (termasuk menghantar borang-borang yang diperlukan).
  • telah memohon tempat latihan industri pilihan anda.
  • telah mengambil salinan surat jawapan daripada syarikat (jika diterima oleh syarikat) di UPLI.
  • telah menyemak dan mendaftar syarikat dan pegawai bertanggungjawab di syarikat dalam SPMP.
  • telah memberitahu Penyelaras LI Jabatan untuk mengesahkan syarikat yang didaftarkan tadi.
  • boleh mencetak surat penempatan LI sendiri. 
Jika anda boleh melakukan kesemua ini tanpa ada masalah, bermakna anda telah bersedia untuk melangkah ke alam Latihan Industri sebenar. Tetapi jika masih ada yang tertinggal, bermakna anda perlu BERTINDAK SEGERA sebelum anda menghadapi masalah di kemudian hari.

Hanya lebih kurang 20% sahaja yang telah bersedia setakat ini. YANG LAIN BILA LAGI???


Rabu, Mac 08, 2017

Perubahan Dokumen Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2017

Berikut adalah merupakan borang dan surat permohonan untuk menjalani latihan industri TERBARU bagi sesi JUN 2017 berikutan berlaku sedikit perubahan pada borang sebelum ini.


SILA "KLIK" PAUTAN BERIKUT

Laman web terbaru Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2017 nanti. Laman web UPLI-PTSB yang baru ini diwujudkan kerana berlaku kekangan terhadap pentadbir laman web sebelum ini. Seperti yang anda sedia maklum, berlaku sedikit pertukaran pada alamat web ini iaitu;

     daripada "http://upliptsb.blogspot.com" ditukar kepada 
"http://upli-ptsb.blogspot.my"

Laman web yang lama masih lagi boleh diakses seperti biasa sehingga dimaklumkan kelak. Namun begitu, makluman dan info terbaru mengenai Latihan Industri hanya akan disampaikan melalui laman web yang baharu ini.