Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi II:2025/2026 FASA 1, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
- TIADA Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II:2025/2026 FASA 1 kali ini. Segala proses penilaian dijalankan secara atas talian.
- Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 20 Mei 2026 - 26 Mei 2026 (Rabu - Selasa).
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
- Senarai termasuk DGU & JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja.
- Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir ini.
- SEMUA pelajar (termasuk DGU & JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/CTBZQ8ideuLU6Gze9, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Slaid Pembentangan
- Borang Appendix E1 (DUT600610) & Appendix 1 (DUT60019) - link untuk majikan https://forms.gle/oGbRmVFvPTczCFvc9
- Pelajar boleh merujuk Senarai Pensyarah Penilai (untuk pelajar DKA, JKM & JKE sahaja) dan Senarai semakan (untuk pelajar DGU & JP) dalam pautan di bawah;
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Harap maklum.