Selasa, Disember 17, 2019

Surat Mohon LI & Dokumen Lain untuk Pelajar Sesi Disember 2019 (PKLI)

Bagi pelajar-pelajar Sesi Disember 2019 Penilaian Khas (PKLI) yang akan menjalani Latihan Industri pada tempoh 03/02/2020 sehingga 19/06/2020, dan belum mendapat tempat latihan, bolehlah menggunakan borang-borang baru untuk urusan tersebut yang mana boleh di muat turun melalui pautan di bawah ini;


Bagi pelajar Penilaian Khas yang telah mempunyai tempat sebelum ini, WAJIB maklumkan sendiri kepada syarikat LI anda tentang perubahan tempoh LI ini. Surat rasmi makluman PK dari UPLI kepada syarikat telah dihantar. Sila laporkan kepada UPLI sebarang penolakan tawaran tempat LI (jika syarikat membatalkan penawaran tempat LI kerana perubahan tarikh ini) kepada UPLI sebelum permohonan ke syarikat baru yang lain dibuat.
  
Sila gunakan dengan berhemah.

Ahad, Disember 01, 2019

PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LI SESI JUN 2019 (PENILAIAN KHAS)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi JUN 2019 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2019 (PENILAIAN KHAS) adalah pada     09 DISEMBER 2019 (Isnin) jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.  
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada  09 DISEMBER 2019 (Isnin) sehingga 13 DISEMBER 2019 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan masa dan tarikh penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
    • Appendix 3 (Borang Penilaian Pemantau "Observation Form" - Jika tidak dikutip oleh pemantau sahaja)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.
____________________________________________________________________________
PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar. 

Ahad, November 10, 2019

Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Jun 2019

Berikut adalah senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri bagi Pelajar-pelajar yang akan mendaftar Tamat LI pada sesi Jun 2019 ini. Diharapkan para pelajar dapat menghubungi para penilai ini untuk membuat temujanji berkaitan sesi penilaian pembentangan semasa hari daftar Tamat LI yang dijadualkan pada 18 November ini, di dalam tempoh penilaian yang dibenarkan sahaja (rujuk jadual Perlaksanaan Proses Tamat LI dalam ruangan hebahan di Laman web Portal Rasmi PTSB).


Senarai ini juga boleh didapati di Laman web Portal Rasmi PTSB (bersekali dengan Jadual Perlaksanaan Proses Tamat LI). Jika ada permasalahan yang berkaitan, boleh terus hubungi kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB dengan terus ke kaunter kami atau menelefon kami di nombor telefon yang tertera di laman blog ini.

Pastikan anda berhemah ketika membuat urusan dan bertemujanji dengan para penilai anda.

Sekian, terima kasih.

Isnin, November 04, 2019

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Jun 2019. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2019 adalah pada 18 NOVEMBER 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi di DEWAN KULIAH UTAMA, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 18 NOVEMBER 2019 (Isnin) sehingga 20 NOVEMBER 2019 (Rabu).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat Pendaftaran Pelajar Tamat LI di Jabatan Pengajian masing-masing yang dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang, 18/11/2019. 
  • Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD,  10 NOVEMBER 2019.
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi JUN 2019 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan.

Rabu, September 18, 2019

PERINGATAN : Sila daftar syarikat di SPMP bagi Sesi Disember 2019 dengan SEGERA.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri pada sesi Disember 2019 dan belum mendaftarkan syarikat, pelajar wajib berbuat demikian sebelum atau pada tarikh akhir iaitu;

07 November 2019
(sebelum cuti akhir semester bermula) 

bagi memberi ruang kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan yang lain sebelum anda ke organisasi masing-masing bermula 09/12/2019.  

Bagi yang sudah mendapat tempat dan telah mendaftar syarikat, tidak perlu untuk memohon ke tempat yang lain pula. Fokus dan tumpukan perhatian anda pada persediaan untuk menempuh alam baru Latihan Industri selepas ini.

PERHATIAN : Jika ada masalah ketika mendaftar syarikat (syarikat/pegawai tiada atau berlainan dari dalam spmp) sila maklum atau datang sendiri di UPLI untuk kami bantu daftarkan. 

sila rujuk;

BERINGAT SEBELUM TERKENA 

Rabu, Julai 03, 2019

PERINGATAN : Tarikh Akhir Hantar Kad Lapor Diri Pelajar LI Sesi Jun 2019

Tahniah dan syabas kami di Unit Perhubungan & Latihan Industri, PTSB ucapkan kepada pelajar-pelajar LI sesi Jun 2019 yang telah melapor diri di organisasi masing-masing pada awal minggu ini. 

Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu menghantar Kad Lapor Diri (yang telah disediakan di setiap laman akhir Buku Jurnal Refleksi) yang telah disi dan dilengkapkan siap bercop syarikat, ke UPLI samada byhand/pos/faks. Kad tersebut dikehendaki sampai di UPLI sebelum berakhirnya tarikh akhir iaitu pada;

11 JULAI 2019
(Khamis)

Kegagalan anda berbuat demikian adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan. 

Selamat maju jaya, semoga suksess di industri dan tamat dengan cemerlang hendaknya.

Ahad, Jun 16, 2019

Proses Perlaksanaan Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018 (Penilaian Khas)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi DISEMBER 2018 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2018 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 01 JULAI 2019 (Isnin) jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.  
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 01 JULAI 2019 (Isnin) sehingga 04 JULAI 2019 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan masa dan tarikh penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
    • Appendix 3 (Borang Penilaian Pemantau "Observation Form" - Jika tidak dikutip oleh pemantau sahaja)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.
____________________________________________________________________________
PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar. 

Isnin, Mei 27, 2019

Surat Mohon LI & Dokumen Lain untuk Pelajar Sesi Jun 2019 (PK)

Bagi pelajar-pelajar Sesi Jun 2019 Penilaian Khas (PK) yang akan menjalani Latihan Industri pada tempoh 22/07/2019 sehingga 06/12/2019, dan belum mendapat tempat latihan, bolehlah menggunakan borang-borang baru untuk urusan tersebut yang mana boleh di muat turun melalui pautan di bawah ini;


Bagi pelajar Penilaian Khas yang telah mempunyai tempat sebelum ini, WAJIB maklumkan sendiri kepada syarikat LI anda tentang perubahan tempoh LI ini. Surat rasmi makluman PK dari UPLI kepada syarikat akan dihantar kemudian. Sila laporkan kepada UPLI sebarang penolakan tawaran tempat LI (jika syarikat membatalkan penawaran tempat LI kerana perubahan tarikh ini) kepada UPLI sebelum permohonan ke syarikat baru yang lain dibuat.
  
Sila gunakan dengan berhemah.

Ahad, April 28, 2019

PERINGATAN AKHIR : Statistik terkini daftar syarikat di SPMP Sesi Jun 2019 (dikemaskini 27.05.2019)

Berikut adalah statistik terkini peratus pelajar Sesi Jun 2019 (tidak termasuk yang tidak layak selepas keputusan akhir dikeluarkan) yang telah mendaftar syarikat dalam sistem i-UPLI SPMP mengikut jabatan pengajian masing-masing;

JKA  86.2%
JKE  64.5%
JKM 62.5%
JP  89.4%

Peratus keseluruhan : 77.0%

AMARAN TERAKHIR.

Kepada pelajar-pelajar yang belum mendaftarkan syarikat, pelajar wajib berbuat demikian sebelum tarikh akhir yang baharu iaitu sebelum atau pada;

30 Mei 2019

bagi memberi ruang kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan yang lain sebelum anda ke organisasi masing-masing bermula 01/07/2019.  

Bagi yang sudah mendapat tempat, tak perlu untuk memohon ke tempat yang lain pula. Fokus dan tumpukan perhatian anda pada persediaan untuk menempuh alam baru Latihan Industri selepas ini.

sila rujuk;
Carta Alir Sebelum LI
TIPS:Tinjauan & Carian Syarikat LI
Tatacara Ringkas Lapor Diri di Organisasi


BERINGAT SEBELUM TERKENA 


Selasa, April 23, 2019

Program "PLAN YOUR FUTURE" sempena Pendaftaran Tamat LI Sesi Disember 2018

CISEC dengan kerjasama Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB akan menganjurkan Program "PLAN YOUR FUTURE" pada Hari Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018 ini.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang akan daftar balik LI pada 29 April 2019 ini diwajibkan untuk;

1.  mengenakan PAKAIAN FORMAL, 
2. membawa RESUME (disarankan lebih dari 1 salinan)

untuk mengambil peluang temuduga terbuka oleh syarikat-syarikat yang akan mengambil bahagian dalam program pada hari tersebut. Pelajar juga boleh Drop-in Resume masing-masing semasa program itu nanti.

Program WAJIB dihadiri semua pelajar Balik LI sesi Disember 2018, di Dewan Muadzam Shah, PTSB bermula jam 8.00 pagi.

AMBILLAH PELUANG INI DENGAN SEBAIK YANG MUNGKIN,
KERANA,
IA MUNGKIN TIADA LAGI DI MASA YANG LAIN

Ahad, April 21, 2019

Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Disember 2018

Berikut adalah senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi DIsember 2018 mengikut jabatan pengajian masing-masing. Pelajar yang akan mendaftar tamat LI untuk sesi tersebut dikehendaki mengubungi pensyarah penilai masing-masing untuk menentukan tarikh dan masa bagi sesi penilaian LI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Sebarang pertanyaan mengenai daftar tamat LI boleh terus menghubungi kami di UPLI di talian tertera dalam web ini.

Pensyarah Penilai JKE (ada perubahan)

**Sila rujuk JADUAL penuh PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2018 seperti dalam catatan sebelum ini.

SILA BERHEMAH DAN BERBUDI BAHASA KETIKA BERURUSAN

Selasa, April 09, 2019

Makluman Awal : Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2018. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2018 adalah pada 29 APRIL 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi di DEWAN MUADZAM SHAH, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 29 APRIL 2019 (Isnin) sehingga 02 MEI 2019 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat Pendaftaran Pelajar Tamat LI di Jabatan Pengajian masing-masing yang dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang, 29/04/2019. 
  • Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD,  21 APRIL 2019.
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi DISEMBER 2018 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan bermula 14 April 2019.

atau Klik Di Sini 
___________________________________________________________________________________
PERHATIAN : 

Pelajar WAJIB HADIR pada 29/04/2019, jam 8.00 pagi (semasa TAKLIMAT TAMAT LI & PENDAFTARAN PELAJAR TAMAT LI) serta menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan dalam jadual tersebut di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan. 

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.
___________________________________________________________________________________
PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar. 

Selasa, Januari 22, 2019

Surat Permohonan LI & Dokumen-dokumen Pendaftaran LI Lain bagi Sesi Jun 2019

Berikut disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi Jun 2019. 


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar pada atau sebelum;

 24 Januari 2019


Ahad, Januari 13, 2019

Status Keputusan Latihan Industri Sesi Jun 2018 (PK)

Dimaklumkan, keputusan Penilaian Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang telah menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2018 (Penilaian Khas) yang lalu, hanya boleh diakses dalam SPMP bermula pada;

30 Januari 2019 

iaitu selepas mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dijalankan. Oleh yang demikian, sebarang pertanyaan mengenai status keputusan LI untuk sesi Jun 2018 (Penilaian Khas) adalah tidak diperlukan buat masa ini. Terima kasih. 

Pendaftaran Kursus Latihan Industri dan Pencarian Tempat Latihan bagi Sesi Jun 2019 Sudah Bermula!

Seperti sedia maklum, Taklimat Pengenalan Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2019 telahpun diadakan pada minggu lepas. Maka dengan ini, TIGA (3) tugasan penting bagi semua pelajar ini sebelum latihan bermula ialah;

1.  Membuat Pendaftaran Kursus LI
  • Cetak dan Isi semua borang/dokumen diperlukan.
  • Hantar borang/dokumen tersebut kepada PLIJ dalam tempoh 2 minggu sahaja.
  • Pastikan Akaun i-UPLI anda telah diaktifkan selepas mendaftar.

2.  Melakukan Pencarian Tempat LI
  • Mulakan segera tinjauan tempat LI.
  • 3 bulan sahaja tempoh diberikan.
  • Pastikan mohon SATU (1) tempat sahaja yang betul-betul memenuhi kriteria
  • Jika gagal, baru mohon sekali lagi dan lagi sehingga berjaya.
  • Gunakan TIGA (3) borang yang telah disediakan untuk memohon; a) Surat Permohonan Tempat LI, b) Borang Resume dan Biodata Pelajar, dan c) Borang Jawapan.
  • Tips pencarian boleh rujuk di sini >>>>>Tips : Tinjauan & Carian Syarikat untuk LI  

3.  Daftar Syarikat dalam i-UPLI SPMP
  • Pastikan Syarikat LI yang telah menawarkan tempat LI didaftarkan dalam SPMP. Jika tiada, sila beritahu pegawai UPLI untuk mendaftarkan syarikat terlebih dahulu.
  • Surat Jawapan dari Syarikat telah diperolehi dan segera tandatangani AKUAN PELAJAR jika bersetuju terima tawaran.
  • Bawa surat Jawapan ke UPLI untuk dicop Terima.
  • Daftar sendiri dalam SPMP mengikut cara yang betul sebagaimana diterangkan dalam taklimat.

SEMOGA BERJAYA.