Isnin, November 04, 2019

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Jun 2019. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2019 adalah pada 18 NOVEMBER 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi di DEWAN KULIAH UTAMA, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 18 NOVEMBER 2019 (Isnin) sehingga 20 NOVEMBER 2019 (Rabu).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat Pendaftaran Pelajar Tamat LI di Jabatan Pengajian masing-masing yang dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang, 18/11/2019. 
  • Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD,  10 NOVEMBER 2019.
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi JUN 2019 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan