Berikut adalah senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri bagi Pelajar-pelajar yang akan mendaftar Tamat LI pada sesi Jun 2019 ini. Diharapkan para pelajar dapat menghubungi para penilai ini untuk membuat temujanji berkaitan sesi penilaian pembentangan semasa hari daftar Tamat LI yang dijadualkan pada 18 November ini, di dalam tempoh penilaian yang dibenarkan sahaja (rujuk jadual Perlaksanaan Proses Tamat LI dalam ruangan hebahan di Laman web Portal Rasmi PTSB).
Senarai ini juga boleh didapati di Laman web Portal Rasmi PTSB (bersekali dengan Jadual Perlaksanaan Proses Tamat LI). Jika ada permasalahan yang berkaitan, boleh terus hubungi kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB dengan terus ke kaunter kami atau menelefon kami di nombor telefon yang tertera di laman blog ini.
Pastikan anda berhemah ketika membuat urusan dan bertemujanji dengan para penilai anda.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan