Selasa, Januari 22, 2019

Surat Permohonan LI & Dokumen-dokumen Pendaftaran LI Lain bagi Sesi Jun 2019

Berikut disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi Jun 2019. 


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar pada atau sebelum;

 24 Januari 2019


Ahad, Januari 13, 2019

Status Keputusan Latihan Industri Sesi Jun 2018 (PK)

Dimaklumkan, keputusan Penilaian Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang telah menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2018 (Penilaian Khas) yang lalu, hanya boleh diakses dalam SPMP bermula pada;

30 Januari 2019 

iaitu selepas mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dijalankan. Oleh yang demikian, sebarang pertanyaan mengenai status keputusan LI untuk sesi Jun 2018 (Penilaian Khas) adalah tidak diperlukan buat masa ini. Terima kasih. 

Pendaftaran Kursus Latihan Industri dan Pencarian Tempat Latihan bagi Sesi Jun 2019 Sudah Bermula!

Seperti sedia maklum, Taklimat Pengenalan Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2019 telahpun diadakan pada minggu lepas. Maka dengan ini, TIGA (3) tugasan penting bagi semua pelajar ini sebelum latihan bermula ialah;

1.  Membuat Pendaftaran Kursus LI
  • Cetak dan Isi semua borang/dokumen diperlukan.
  • Hantar borang/dokumen tersebut kepada PLIJ dalam tempoh 2 minggu sahaja.
  • Pastikan Akaun i-UPLI anda telah diaktifkan selepas mendaftar.

2.  Melakukan Pencarian Tempat LI
  • Mulakan segera tinjauan tempat LI.
  • 3 bulan sahaja tempoh diberikan.
  • Pastikan mohon SATU (1) tempat sahaja yang betul-betul memenuhi kriteria
  • Jika gagal, baru mohon sekali lagi dan lagi sehingga berjaya.
  • Gunakan TIGA (3) borang yang telah disediakan untuk memohon; a) Surat Permohonan Tempat LI, b) Borang Resume dan Biodata Pelajar, dan c) Borang Jawapan.
  • Tips pencarian boleh rujuk di sini >>>>>Tips : Tinjauan & Carian Syarikat untuk LI  

3.  Daftar Syarikat dalam i-UPLI SPMP
  • Pastikan Syarikat LI yang telah menawarkan tempat LI didaftarkan dalam SPMP. Jika tiada, sila beritahu pegawai UPLI untuk mendaftarkan syarikat terlebih dahulu.
  • Surat Jawapan dari Syarikat telah diperolehi dan segera tandatangani AKUAN PELAJAR jika bersetuju terima tawaran.
  • Bawa surat Jawapan ke UPLI untuk dicop Terima.
  • Daftar sendiri dalam SPMP mengikut cara yang betul sebagaimana diterangkan dalam taklimat.

SEMOGA BERJAYA.