Selasa, Julai 17, 2018

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Pelajar Sesi Disember 2018

Pendaftaran Kursus Latihan Industri bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2018 hanya mula dibuka selepas Taklimat 1: Pengenalan Latihan Industri, yang wajib dihadiri oleh semua pelajar-pelajar semester akhir pada sesi pengajian kali ini.

Pelajar dikehendaki untuk mengisi borang-borang yang diperlukan sepertimana diterangkan dalam taklimat tersebut. Borang perlu dikembalikan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan pengajian masing-masing dengan segera. Pelajar seterusnya boleh mula memohon tempat Latihan Industri mengikut syarikat pilihan masing-masing sehingga tamat tarikh akhir pendaftaran syarikat yang akan diberitahu kemudian.

Borang-Borang LI

Pelajar digalakkan untuk mula membuat tinjauan awal bagi syarikat pilihan anda sendiri bermula sekarang. Jangan bertangguh kerana masa amat mencemburui anda. 

Mohon secara berhemah dan sentiasa 'follow up' permohonan anda.