Isnin, Ogos 27, 2018

Borang Kaji Selidik

Kepada pelajar-pelajar yang pernah berurusan dengan kami di Unit Perhubungan & Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, diharapkan dapat mengisi secara online borang kaji selidik kemudahan dan perkhidmatan di sebelah hujung kanan atas sekali untuk rekod kepuasan pelanggan sekaligus menambahbaik perkhidmatan kami.

Kepuasan pelanggan, keutamaan kami.

Terima kasih.

Rabu, Ogos 08, 2018

TIPS : Tinjauan & Carian Syarikat Untuk LI

Bagi semua pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri tidak lama lagi dan masih belum mula mencari syarikat untuk penempatan, di bawah ada beberapa tips untuk anda;

1) Buat Carian Syarikat
  • dalam SPMP i-UPLI, boleh search senarai syarikat berdasarkan negeri atau bidang dalam pengkalan data
  • melalui LAMAN UTAMA UPLI, terdapat tawaran-tawaran LI terdahulu dan semasa daripada syarikat yang memerlukan pelajar
  • melalui Telegram UPLI PTSB, juga tawaran-tawaran LI daripada syarikat
  • melalui rekomendasi pelajar-pelajar senior terdahulu yang telah LI di syarikat tersebut
  • melalui pemerhatian anda sendiri di kawasan-kawasan pilihan anda sendiri
2) Buat Tinjauan awal
  • Macam-macam kaedah, antaranya; i) melalui internet (Google, yahoo dsb), ii) tanya saudara@kawan-kawan terdekat, pelajar senior, iii) pemerhatian sendiri di syarikat tersebut.
  • penting untuk mengetahui serba sedikit suasana dan operasi syarikat
  • pastikan syarikat menjalankan perniagaan yang sah
  • tidak terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan (untuk pastikan anda tetap pendirian)
  • untuk memastikan operasi syarikat masih dalam bidang (bidang), tidak memakan masa untuk perjalanan pergi-balik harian (masa & kos) dan anda rasa tidak terbeban dengan tugasan yang akan diberikan (masih dalam kemampuan anda)
3) Kaedah permohonan yang betul
  • Setelah berpuashati dengan keadaan syarikat (dari segi operasi, bidang, kos, masa dan kemampuan anda), baru mula memohon.
  • tetapkan hanya mohon satu syarikat dahulu (daripada beberapa syarikat dalam senarai pemilihan anda), kalau dapat terus terima dan jangan ubah pendirian anda
  • hantar menggunakan surat permohonan beserta borang resume dan surat jawapan yang betul dan lengkap.
  • buat follow up setelah permohonan dihantar, jangan hanya tunggu sahaja tanpa follow up (untuk menunjukkan kesungguhan anda)
  • jika tidak berjaya, terus buat permohonan ke syarikat baru dengan segera.

JANGAN BERTANGGUH LAGI, MULAKAN PENCARIAN SYARIKAT ANDA SEKARANG.
MASA TIDAK AKAN MENUNGGU ANDA.

Ahad, Ogos 05, 2018

Slide Taklimat Pengenalan LI Sesi Disember 2018

Disediakan di sebelah kanan blog ini di dalam ruangan MUAT TURUN LAIN, pautan untuk muat turun Slide Taklimat Pengenalan LI Sesi Disember 2018 yang lalu. Boleh muat turun sekarang untuk rujukan pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri akan datang. 
Masa muat turun adalah terhad!

PAUTAN UNTUK MUAT TURUN SLIDE TELAH DITUTUP

Terima kasih.