Ahad, Disember 16, 2018

PENTING : Perubahan Tarikh Perlaksanaan LI Sesi Disember 2018 (PENILAIAN KHAS)

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2018 (Penilaian Khas) yang asalnya dijadualkan pada 03@04 Februari 2019 sehingga 20@21 Jun 2019, kini tarikh tersebut telah ditukar kepada,

10@11 Februari 2019 - 27@28 Jun 2019


Oleh itu, diharapkan para pelajar dapat memaklumkan perubahan tarikh baru tersebut kepada syarikat masing-masing dengan kadar segera bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Surat rasmi makluman kepada syarikat akan dihantar oleh pihak UPLI kepada syarikat dalam masa terdekat ini (surat yang terdahulu terpaksa ditarik balik dan ini mengakibatkan kelewatan dari pihak UPLI).

Segala kesulitan didahului dengan ribuan kemaafan.

**kepada pelajar yang memerlukan SALINAN PELAJAR surat ini untuk simpanan sendiri, boleh dapatkan di UPLI PTSB mengikut permintaan.


Rabu, Disember 05, 2018

Surat Mohon Tempat LI dan Surat Jawapan Organisasi Sesi Disember 2018 (PK)

Berikut adalah pautan untuk muat turun Surat Mohon Tempat LI dan Surat Jawapan Organisasi bertarikh 04/02/2019 - 21/06/2019 untuk kegunaan pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2018 (PK). Diharapkan pelajar segera mendapatkan tempat bagi menjalani LI sebelum ia bermula pada awal Februari tahun depan.


*semoga berjaya

Selasa, Disember 04, 2018

TATACARA RINGKAS MELAPOR DIRI DI SYARIKAT


Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapatkan tempat untuk menjalani Latihan Industri masing-masing pada semester ini. Berikut adalah senarai ringkas tatacara yang perlu anda lakukan sebelum dan semasa melapor diri untuk panduan anda;

Sebelum 
  1. Pastikan anda berhubung dengan syarikat untuk makluman tentang alamat dan masa melapor diri yang betul.
  2. Pastikan Surat Penempatan (Surat Lapor Diri) telah dicetak sendiri melalui SPMP.
  3. Buku Jurnal Refleksi, Kad Pelajar dan Surat Penempatan (seperti dinyatakan di atas), perlu siap sedia untuk dibawa semasa melapor diri di syarikat.

Semasa
  1. Pakai pakaian yang kemas dan sesuai mengikut polisi syarikat semasa melapor diri.
  2. Pastikan datang awal dari masa melapor diri yang telah ditentukan syarikat.
  3. Berjumpa dengan Pegawai yang Bertanggungjawab di syarikat.
  4. Lengkapkan Kad Lapor Diri beserta Pelan Lokasi (di dalam Buku Jurnal Refleksi) siap Bercop Syarikat dan ditandatangani oleh Pegawai Syarikat.
  5. Hantar Kad Lapor Diri beserta Pelan Lokasi (seperti dinyatakan di atas) melalui byhand/pos/fax kepada UPLI PTSB dalam tempoh 2 minggu selepas melapor diri.

Sila rujuk CARTA ALIR SEBELUM/SEMASA di ruangan MUAT TURUN LAIN di sebelah kiri bawah laman blog ini untuk makluman lanjut. Semoga semua urusan lapor diri anda berjalan lancar.

SILA SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN