Selasa, Disember 04, 2018

TATACARA RINGKAS MELAPOR DIRI DI SYARIKAT


Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapatkan tempat untuk menjalani Latihan Industri masing-masing pada semester ini. Berikut adalah senarai ringkas tatacara yang perlu anda lakukan sebelum dan semasa melapor diri untuk panduan anda;

Sebelum 
  1. Pastikan anda berhubung dengan syarikat untuk makluman tentang alamat dan masa melapor diri yang betul.
  2. Pastikan Surat Penempatan (Surat Lapor Diri) telah dicetak sendiri melalui SPMP.
  3. Buku Jurnal Refleksi, Kad Pelajar dan Surat Penempatan (seperti dinyatakan di atas), perlu siap sedia untuk dibawa semasa melapor diri di syarikat.

Semasa
  1. Pakai pakaian yang kemas dan sesuai mengikut polisi syarikat semasa melapor diri.
  2. Pastikan datang awal dari masa melapor diri yang telah ditentukan syarikat.
  3. Berjumpa dengan Pegawai yang Bertanggungjawab di syarikat.
  4. Lengkapkan Kad Lapor Diri beserta Pelan Lokasi (di dalam Buku Jurnal Refleksi) siap Bercop Syarikat dan ditandatangani oleh Pegawai Syarikat.
  5. Hantar Kad Lapor Diri beserta Pelan Lokasi (seperti dinyatakan di atas) melalui byhand/pos/fax kepada UPLI PTSB dalam tempoh 2 minggu selepas melapor diri.

Sila rujuk CARTA ALIR SEBELUM/SEMASA di ruangan MUAT TURUN LAIN di sebelah kiri bawah laman blog ini untuk makluman lanjut. Semoga semua urusan lapor diri anda berjalan lancar.

SILA SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan