Isnin, Mac 18, 2024

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi I : 2024/2025

  Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi 1 : 2024/2025 akan datang, pendaftaran kursus Latihan Industri sepatutnya telahpun dibuat dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap kepada Penasihat Akademik (PA) dan seterusnya kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing di awal bulan Mac 2024 yang lalu.

Jika masih ada yang belum menyerahkan dokumen yang diperlukan tersebut, disertakan pada pautan di bawah ini, dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing. Dokumen juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.

DOKUMEN PENDAFTARAN

BORANG JAWAPAN & SURAT PERMOHONAN LI

Pastikan anda TIDAK BERTANGGUH untuk membuat permohonan di mana-mana organisasi/syarikat dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku yang akan menyusahkan banyak pihak.

Pastikan anda telah buat semakan latar belakang syarikat dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.

Jangan memohon jika anda tidak boleh bertanggungjawab atas permohonan anda.

Sila rujuk semula pautan slaid Taklimat Pengenalan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kursus LI dan pendaftaran syarikat di SPMP.

SLAID TAKLIMAT PENGENALAN LI SESI 1 : 2024/2025


Isnin, Februari 12, 2024

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi I : 2023/2024 FASA 2 & PKLI

    Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri sesi Sesi I : 2023/2024 FASA 2 & PKLI. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI ;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2023/2024 FASA 2 & PKLI adalah pada 19 FEBRUARI 2024 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 19 Februari 2024 - 22 Februari 2024 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. Namun begitu, semua pelajar WAJIB telah memuatnaik semua dokumen penilaian  (seperti di dalam panduan Dokumen LI Pelajar di Telegram Rasmi UPLI PTSB - yang akan diberikan kemudian) sebelum tarikh akhir yang dinyatakan. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan bawa hardcopy bersama semasa hadir di PTSB, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Khamis, Februari 01, 2024

PERTUKARAN TIDAK LAGI DIBENARKAN SETELAH LAPOR DIRI

    Selepas sahaja anda melapor diri di sesebuah organisasi, anda TIDAK lagi dibenarkan bertukar tempat latihan. Ini kerana, pertukaran akan menyebabkan kerugian atau impak yang agak besar yang melibatkan peruntukan, ruang, masa dan tenaga yang telah dibazirkan untuk menerima anda di sesebuah syarikat.

    Anda perlu ingat, untuk menerima seseorang pelajar latihan industri bukan satu keputusan yang mudah dan memerlukan komitmen daripada pemilik syarikat. Maka tidak seharusnya anda yang telah memohon secara rasmi di mana-mana syarikat pada awalnya, tiba-tiba tidak hadir melapor diri tanpa alasan, atau tiba-tiba hilang, tidak hadir ke syarikat atas alasan ingin bertukar.

    Maka, pendirian kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, selepas anda melapor diri, anda perlu memenuhi komitmen syarikat, menjalani latihan industri selayaknya sehingga tempoh tamat LI berakhir.

    Namun, sekiranya timbul sesuatu isu, yang SANGAT-SANGAT berat untuk ditanggung, berikut adalah beberapa panduan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu tindakan diambil;

1) Bincang dahulu isu tersebut secara bersemuka (FACE TO FACE) dengan penyelia anda (jangan         sesekali berbincang di telefon/ whatsapp sahaja!!). Jika penyelia tidak endah, cuba berhubung terus         dengan majikan/pemilik. Cari jalan penyelesaian agar isu boleh dikurangkan/diselesaikan.

2) Setkan dalam minda anda, perbincangan itu bukan untuk pertukaran, tetapi UNTUK KEKAL berada di syarikat. Jangan sesekali mendesak atau mengugut penyelia/majikan/pemilik kerana ia adalah satu kesalahan dan bila-bila masa anda boleh diberhentikan dan akibatnya adalah GAGAL LI.

3) Jika setelah perbincangan dibuat masih tiada penyelesaian, barulah anda dinasihatkan untuk ke kaunter Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), PTSB. Jumpa En. Muhamad Shatir (pegawai perhubungan kami) atau mana-mana pegawai UPLI untuk khidmat nasihat lanjut. BUKTI perbincangan dengan pihak syarikat hendaklah ditunjukkan semasa perbincangan ini.

4) Hasil pertemuan dengan pegawai UPLI akan dibincangkan di peringkat UPLI secara bersama, mengambil kira semua permasalahan di pihak pelajar dan syarikat beserta siasatan yang akan dijalankan. Kemudian, barulah satu keputusan dibuat sama ada MEMBENARKAN/ TIDAK MEMBENARKAN anda bertukar tempat latihan.

5) JIKA DIBENARKAN, anda akan diberi suatu tempoh untuk mendapatkan tempat LI baharu (biasanya kurang 2 minggu) untuk membenarkan penyambungan tempoh li dari tempoh asal. Jika tidak dalam tempoh ini, anda biasanya akan ditukarkan ke FASA2.

6) JIKA TIDAK DIBENARKAN, anda wajib meneruskan LI di syarikat asal, dengan alasan pertukaran tidak akan menjamin situasi lebih baik untuk pelajar/syarikat bahkan akan mengeruhkan lagi keadaan.

7) Anda TIDAK BOLEH TIDAK HADIR ke syarikat asal ketika semua proses ini berjalan. Gagal hadir LI boleh disabitkan sebagai masalah disiplin pelajar dan syarikat boleh mengambil tindakan sesuai dengan polisi syarikat yang boleh mengakibatkan GAGAL LI.

    Oleh yang demikian, BERFIKIRLAH sebaik-baiknya sebelum membuat sesuatu keputusan. Pertukaran kadangkala bukanlah satu-satunya yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan. Sebenarnya PERBINCANGAN yang baik lah, yang biasanya menjamin keputusan terbaik untuk mengatasi semua masalah. Cekal dan berusahalah sebaiknya untuk jadi yang terbaik. 



  

Isnin, Januari 01, 2024

PANDUAN PERLAKSANAAN PENILAIAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI SESI I : 2023/2024 FASA1

 Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi I : 2023/2024 FASA 1, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2023/2024 FASA 1 adalah pada 08 JANUARI 2024 (Isnin) bermula jam 8.15 pagi di Dewan Kuliah Utama dan seterusnya di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 08 Januari 2024 - 11 Januari 2024 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. Namun begitu, semua pelajar WAJIB telah memuatnaik semua dokumen penilaian  (seperti di dalam panduan Dokumen LI Pelajar yang akan dimuatnaik di Telegram Rasmi UPLI PTSB) sebelum tarikh akhir yang dinyatakan. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan bawa hardcopy bersama semasa hadir di PTSB, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.