Khamis, Disember 03, 2020

MAKLUMAN PENTING: Perubahan Tarikh Perlaksanaan LI Sesi Disember 2020

  Adalah dimaklumkan tarikh perlaksanaan LI bagi pelajar yang akan menjalani Latihan Industri bagi sesi Disember 2020 telah dipinda seperti ketetapan dibawah; 

Tarikh Asal 

24@25 Januari 2021 - 10@11 Jun 2021


Tarikh Baharu

28 Februari@01 Mac 2021 - 15@16 Julai 2021


Oleh itu, kepada pelajar yang telah menerima tawaran syarikat dengan tarikh yang lama, diharap dapat memaklumkan syarikat mengenai perubahan tersebut. Pelajar juga perlu meneliti dan ikuti arahan di dalam memo mengenai perlaksanaan tarikh baharu ini >>>disini<<<

Bagi pelajar yang masih belum mendapat tempat, perlu untuk menggunakan surat permohonan LI beserta borang jawapan baharu >>>di sini<<< atau boleh juga didapati di i-UPLI SPMP untuk sebarang urusan permohonan selepas hari ini. Sila pastikan tarikh baharu yang betul tercatat dalam borang sebelum digunapakai.

Segala pertanyaan mengenai latihan industri boleh diajukan terus kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB melalui Telegram Rasmi UPLI PTSB di pautan; https://t.me/joinchat/AniQ8E5DsVakQQswMUGSZA

Sila baca berkali-kali dan jangan sesekali baca hanya sekali jika tak mahu menyesal nanti.

Ahad, November 29, 2020

Proses Perlaksanaan Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2020 (Fasa 1, Fasa 2 & PKLI)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani @ baru tamat latihan industri sesi Jun 2020 (FASA 1, FASA 2 dan PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula sebaik pelajar TAMAT LATIHAN INDUSTRI di Organisasi masing-masing (bergantung situasi/senario pelajar semasa PKPP/PKPB) seperti tempoh penilaian berikut;
    • FASA 1 : dari 29 November - 10 Disember 2020
    • FASA 2 (termasuk PKLI) : dari 20 Disember - 31 Disember 2020
    • bagi pelajar yang perlu penggantian tempoh LI (akibat pelepasan tanpa tugasan) : selewat-lewatnya sebelum 28 Januari 2021
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut mengikut kaedah yang tertera dalam Panduan Penilaian Akhir (versi PKPP/PKPB) seperti dalam link di bawah, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
    • Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
    • Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
  • Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Akhir (Pelajar) >>>di sini<<<
  • Pelajar boleh rujuk Pensyarah Penilai >>>di sini<<<
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Ahad, Oktober 04, 2020

Surat Permohonan LI & Dokumen-dokumen Pendaftaran LI Lain bagi Sesi Disember 2020 (ada perubahan)

Berikut disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi Disember 2020. 


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Penasihat Akademik masing-masing, pada atau sebelum;

 08 Oktober 2020 
(Tarikh asal)

  22 Oktober 2020
(Tarikh baharu, dilanjutkan berikutan arahan semasa) 
 
Penting:

Walaupun tarikh pendaftaran dilanjutkan, urusan pencarian penempatan LI boleh diteruskan seperti biasa, jangan bertangguh untuk mencari tempat latihan industri masing-masing. 

Bagi yang telah berjaya mendapatkan tempat, sila simpan salinan borang jawapan daripada syarikat masing-masing sehingga pendaftaran LI selesai, barulah pendaftaran syarikat boleh dibuat sendiri di laman web SPMP.
____________________________________________________________________________

Makluman Baharu:

Tarikh akhir pendaftaran syarikat dalam SPMP ialah pada;

 28 Disember 2020 
(Tarikh asal)

 31 Januari 2021 
(Tarikh pindaan 1)

11 Februari 2021
(Tarikh Baharu)

Sekiranya terdapat sebarang masalah ketika mendaftarkan syarikat, sila terus berhubung dengan kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB.
___________________________________________________________________________

Rujukan :

Rabu, Ogos 12, 2020

PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LI SESI DISEMBER 2019 (PKLI)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2019 (PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula sebaik pelajar TAMAT LATIHAN INDUSTRI di Organisasi masing-masing (bergantung situasi/senario pelajar semasa PKPP) sehingga 09 SEPTEMBER 2020 (Rabu).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan Pensyarah Penilai, masa dan tarikh penilaian. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut mengikut kaedah yang tertera dalam Panduan Penilaian Akhir (versi PKPP) seperti dalam link di bawah, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
    • Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
    • Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
  • Pelajar boleh rujuk Memo Proses Perlaksanaan Tamat LI sesi Disember 2019 (PKLI) >>>di sini<<<.
  • Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Akhir - Versi PKPP >>>di sini<<<.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Selasa, Julai 21, 2020

PERINGATAN: Pendaftaran Syarikat di SPMP bagi Sesi Jun 2020 (perubahan baharu 21.07.2020)

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri pada sesi Jun 2020, anda dinasihatkan untuk mencari tempat Latihan Industri bermula dari sekarang bagi mengelakkan kegusaran di saat akhir. Oleh kerana tempoh LI telah berubah ke tarikh yang baharu, FASA 1 dan FASA 2 (sila rujuk catatan blog sebelum ini), maka tarikh akhir pendaftaran syarikat pun telah berubah, iaitu;


31 Mei 2020
15 Jun 2020
(yang ini sebelum PKP, TERBATAL) 

30 Jun 2020
(untuk FASA 1, LI bermula pada 13 Julai 2020)

23 Julai 2020
(untuk FASA 2 & PKLI, LI bermula pada 03 Ogos Julai 2020)

Ini adalah bagi memberi ruang kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan yang lain sebelum anda ke organisasi masing-masing.

Bagi yang sudah mendapat tempat dan telah mendaftar syarikat, tidak perlu untuk memohon ke tempat yang lain pula. Fokus dan tumpukan perhatian anda pada persediaan untuk menempuh alam baru Latihan Industri selepas ini.

MAKLUMAN BAHARU : 
Bagi pelajar yang belum mendapat tempat diharap segera mendaftarkan syarikat masing-masing sebelum tarikh akhir di atas. Namun begitu, atas budi bicara, kami masih boleh menerima pendaftaran sehingga tarikh bermulanya LI Fasa 2. 

PERHATIAN : Jika ada masalah ketika mendaftar syarikat (syarikat/pegawai tiada atau berlainan dari dalam spmp) sila maklum atau datang sendiri di UPLI untuk kami bantu daftarkan. 

NAMPAK MACAM LAMA LAGI, TAPI SEBENARNYA SEKEJAP SAJA.
JIKA LAMBAT JUMPA KERANA PKP, HARAP BERTABAHLAH.

Ahad, Julai 12, 2020

Lapor Diri di Organisasi Sesi Jun 2020

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang melapor diri di organisasi masing-masing bermula hari ini atau esok (12@13/07/2020) untuk FASA 1 versi PKP. Jadi, gunakanlah masa ini sebaik-baiknya untuk menimba sebanyak mana pengalaman dan ilmu sebelum anda benar-benar berada dalam alam pekerjaan.

Namun, untuk penempatan kali ini, SURAT RASMI PENEMPATAN DARIPADA UPLI KE SYARIKAT, hanya akan diemailkan ke Syarikat/Organisasi masing-masing sekiranya ada permintaan. Maka anda perlu memaklumkan kepada pihak Syarikat/Organisasi mengenai hal ini. Emailkan permintaan anda ke kupli@ptsb.edu.my sekiranya memerlukan.

Sebagai alternatif, anda boleh PRINT sendiri SURAT PENEMPATAN LI (Salinan Pelajar untuk Syarikat) untuk dibawa dan diberikan kepada syarikat semasa melapor diri.

Untuk tatacara ringkas melapor diri anda boleh rujuk di sini;


Rabu, Jun 10, 2020

Surat Mohon LI beserta Surat Jawapan Sesi Jun 2020 (PKP)

Bagi pelajar-pelajar Sesi Jun 2020 yang belum mendapat tempat latihan sepanjang tempoh PKP ini, bolehlah menggunakan borang baharu untuk membuat permohonan LI yang mana boleh di muat turun melalui pautan di bawah ini;


Bagi pelajar Jun 2020 yang telah mendapat tempat, mohon maklumkan perubahan tempoh LI kepada organisasi/syarikat masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan dengan merujuk blog ini atau FB : UPLIPTSB.

Sila gunakan dengan berhemah.

Selasa, Jun 09, 2020

MAKLUMAN PENTING : Perubahan Tarikh-Tarikh Penting Latihan Industri Sesi Disember 2019 (PKLI), Sesi Jun 2020 dan Sesi Jun 2020 (PKLI)

Dimaklumkan, disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan PKP yang sedang berlangsung sehingga kini, berlaku perubahan pada tarikh-tarikh penting Latihan Industri untuk Sesi Disember 2019 (PKLI), Sesi Jun 2020 dan Sesi Jun 2020 (PKLI).

Perubahan adalah seperti berikut;

PERKARA
TARIKH ASAL
TARIKH BAHARU
CATATAN
Tamat LI
Sesi Disember 2019 (PKLI)
19 Jun 2020
04 September 2020
-Hanya untuk yang bercuti sejak PKP bermula. Perlu untuk menyambung sesi LI
-Bagi yang terus bekerja semasa PKP, tidak perlu sambung. Tamat LI mengikut tarikh asal.
Tempoh LI Sesi Jun 2020
29 Jun 2020 – 13 November 2020
FASA 1 :
13 Julai 2020 – 27 November 2020
@
FASA 2 :
03 Ogos 2020 – 18 Disember 2020
-Memberi lebih kesediaan dan keselesaan kepada syarikat untuk menerima pelajar.
-Memberi lebih masa dan ruang kepada pelajar mencari tempat LI.
Tempoh LI Sesi Jun 2020 (PKLI)
13 Julai 2020 – 27 November 2020
FASA 2 :
03 Ogos 2020 – 18 Disember 2020

Oleh yang demikian, diminta pelajar-pelajar untuk sesi yang terlibat agar peka dengan perubahan-perubahan tarikh tersebut dan mematuhinya agar tidak timbul sebarang permasalahan dalam penilaian LI masing-masing nanti.

Jika ada sebarang masalah berkaitan, boleh hubungi kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB seperti yang tertera di sebelah kiri web ini.


Isnin, April 20, 2020

PENSYARAH PENILAI & MEMO PROSES PENILAIAN LI SESI DISEMBER 2019

Bagi pelajar yang akan tamat Latihan Industri bagi Sesi Disember 2019, berikut adalah senarai pensyarah penilai mengikut jabatan masing-masing;


Bagi melancarkan urusan Penilaian bagi sesi Disember 2019 yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diminta semua pelajar mengikut semua prosedur dan peraturan yang ditetapkan di dalam memo (senarai pensyarah penilai juga terdapat dalam memo ini) seperti berikut;

(memo ini juga boleh didapati di FB : UPLI PTSB)

Amaran: Kegagalan anda memenuhi semua syarat dalam prosedur dan peraturan tersebut, boleh dikenakan tindakan GAGAL LATIHAN INDUSTRI.

 SILA BERURUSAN DENGAN BERHEMAH DAN SOPAN SANTUN

PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
STAY AT HOME

Selasa, Januari 07, 2020

Surat Permohonan LI & Dokumen-dokumen Pendaftaran LI Lain bagi Sesi Jun 2020

Berikut disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi Jun 2020. 


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Penasihat Akademik masing-masing, pada atau sebelum;

  09 Januari 2020