Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2019 (PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
- Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula sebaik pelajar TAMAT LATIHAN INDUSTRI di Organisasi masing-masing (bergantung situasi/senario pelajar semasa PKPP) sehingga 09 SEPTEMBER 2020 (Rabu).
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan Pensyarah Penilai, masa dan tarikh penilaian.
- Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut mengikut kaedah yang tertera dalam Panduan Penilaian Akhir (versi PKPP) seperti dalam link di bawah, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
- Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
- Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
- Pelajar boleh rujuk Memo Proses Perlaksanaan Tamat LI sesi Disember 2019 (PKLI) >>>di sini<<<.
- Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Akhir - Versi PKPP >>>di sini<<<.
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan