Ahad, April 10, 2022

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi I : 2022/2023

 Perhatian kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi I : 2022/2023. Setelah mendengar taklimat Pengenalan LI tempohari, diharapkan semua pelajar sudah selesai mendaftar secara Online di SPMP iUPLI sebelum ke langkah seterusnya iaitu melengkapkan borang-borang pendaftaran. 


Disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi I : 2022/2023. Borang-borang ini juga boleh didapati dalam SPMP iUPLI.


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing, pada atau sebelum;

21 April 2022
 
Penting:

JANGAN BERTANGGUH. Pencarian syarikat perlu dibuat seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari. Sila rujuk pautan-pautan di bawah untuk prosedur pendaftaran, tips pencarian syarikat dan link taklimat pengenalan untuk maklumat lanjut. 

Bagi yang telah berjaya mendapatkan tempat, sila hantar surat jawapan daripada syarikat masing-masing kepada UPLI dan simpan salinan borang jawapan sehingga pendaftaran LI selesai, barulah pendaftaran syarikat boleh dibuat sendiri di laman web SPMP.