Selasa, Disember 17, 2019

Surat Mohon LI & Dokumen Lain untuk Pelajar Sesi Disember 2019 (PKLI)

Bagi pelajar-pelajar Sesi Disember 2019 Penilaian Khas (PKLI) yang akan menjalani Latihan Industri pada tempoh 03/02/2020 sehingga 19/06/2020, dan belum mendapat tempat latihan, bolehlah menggunakan borang-borang baru untuk urusan tersebut yang mana boleh di muat turun melalui pautan di bawah ini;


Bagi pelajar Penilaian Khas yang telah mempunyai tempat sebelum ini, WAJIB maklumkan sendiri kepada syarikat LI anda tentang perubahan tempoh LI ini. Surat rasmi makluman PK dari UPLI kepada syarikat telah dihantar. Sila laporkan kepada UPLI sebarang penolakan tawaran tempat LI (jika syarikat membatalkan penawaran tempat LI kerana perubahan tarikh ini) kepada UPLI sebelum permohonan ke syarikat baru yang lain dibuat.
  
Sila gunakan dengan berhemah.

Ahad, Disember 01, 2019

PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LI SESI JUN 2019 (PENILAIAN KHAS)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi JUN 2019 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2019 (PENILAIAN KHAS) adalah pada     09 DISEMBER 2019 (Isnin) jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.  
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada  09 DISEMBER 2019 (Isnin) sehingga 13 DISEMBER 2019 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan masa dan tarikh penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
    • Appendix 3 (Borang Penilaian Pemantau "Observation Form" - Jika tidak dikutip oleh pemantau sahaja)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.
____________________________________________________________________________
PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar.