Rabu, Februari 14, 2018

PERINGATAN MESRA: Pencarian Tempat LI dan Pendaftaran Syarikat Dalam SPMP Sesi Jun 2018

Diingatkan kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani LI pada sesi Jun 2018, supaya;

  1. telah mendaftar LI - dengan menghantar kesemua borang pendaftaran.
  2. melakukan pencarian tempat LI sendiri (atau melalui UPLI) - buat tinjauan, hantar surat/borang mohon kepada syarikat (dengan surat/borang sedia ada)
  3. mohon semak sendiri salinan surat jawapan penerimaan syarikat di kaunter UPLI samada Berjaya/Tidak Berjaya.
  4. daftar sendiri syarikat dalam SPMP (jika semua butiran sama dalam database i-UPLI SPMP)
  5. cetak surat lapor diri di i-UPLI SPMP sendiri.

dan, barulah urusan pendaftaran selesai.

Anda juga boleh merujuk CARTA ALIR DAFTAR dalam ruangan MUAT TURUN LAIN di sebelah kanan blog ini ====>>>>>>>>

****Diingatkan juga kepada pelajar-pelajar untuk mencari penempatan LI lebih AWAL walaupun tarikh bermula LI agak lambat. Ini kerana persaingan mendapatkan tempat LI bukan sahaja di kalangan pelajar-pelajar Politeknik seluruh Malaysia, bahkan daripada banyak institusi-institusi pengajian tinggi lain yang saling berebut untuk mendapatkan tempat latihan.


NAK TEMPAT LI TERBAIK, PERLU BUAT YANG TERBAIK.

JANGAN DAH TERLEWAT BARU NAK MENYESAL.