Rabu, Ogos 02, 2023

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2022/2023 FASA 2 & PKLI

 Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri sesi Sesi II : 2022/2023 FASA 2 & PKLI. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI ;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2022/2023 FASA 2 & PKLI adalah pada 14 OGOS 2023 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 14 Ogos 2023 - 17 Ogos 2023 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. Namun begitu, semua pelajar WAJIB telah memuatnaik semua dokumen penilaian  (seperti di dalam panduan Dokumen LI Pelajar di Telegram Rasmi UPLI PTSB) sebelum tarikh akhir yang dinyatakan. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan bawa hardcopy bersama semasa hadir di PTSB, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Isnin, Jun 12, 2023

Proses Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2022/2023 - FASA 1

 Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani & akan tamat latihan industri sesi Sesi II : 2022/2023 FASA 1. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2022/2023 FASA 1 adalah pada 19 JUN 2023 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi di Dewan Kuliah Utama dan seterusnya di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 19 Jun 2023 - 22 Jun 2023 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Semua pelajar WAJIB telah memuatnaik semua dokumen berikut (seperti di dalam panduan Dokumen LI Pelajar di Telegram Rasmi UPLI PTSB) sebelum menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan bawa hardcopy bersama semasa hadir (untuk pelajar DKA, JKE & JKM sahaja), iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
  • Pelajar boleh merujuk Senarai Pensyarah Penilai dalam pautan di bawah;
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Rabu, Mei 03, 2023

Tips Semasa Tempoh Pemantauan Pelajar LI Berlangsung

        Pelajar-pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri secara umumnya telahpun diberitahu bahawa anda semua pasti akan dipantau sekurang-kurangnya SATU (1) kali sepanjang tempoh latihan industri berlangsung. Sudah tentu, inilah masanya para pelajar akan rasa debarannya bila mendapat berita bahawa pensyarah pemantau akan mula berkeliaran ke sekitar pelusuk tempat kerja mereka. JANGAN RISAU.....

Berikut adalah tips bagaimana anda harus menangani proses pemantauan ini.


Ketika makluman pemantauan mula-mula diterima;

    i) Bertenang. Makluman biasanya akan diterima beberapa hari lebih awal daripada hari pemantau akan hadir. Maka, mesti akan ada masa untuk anda buat persiapan. 

    ii) Maklumkan kepada penyelia anda terlebih dahulu masa dan tarikh yang dirancang itu. 

    iii) Jika ada sebarang permasalahan, terus berbincang dengan pemantau/penyelia sehingga satu tarikh dan masa yang dirasakan sesuai dapat dicapai (atau mungkin pemantau/penyelia dapat berhubung di masa yang lain nanti, tak semestinya penyelia ada semasa perjumpaan - mungkin sibuk semasa itu - wakil penyelia dah mencukupi).

    iv) Cadangkan tempat yang sesuai untuk perjumpaan, seperti bilik mesyuarat/taklimat, ruang menunggu dan sebagainya. Jangan risau, di boot kereta pun masih dianggap sesuai jika anda memang berada di tapak pembinaan yang jauh dari mana-mana pejabat syarikat. Asalkan perjumpaan itu berlaku.

    v) Jika ada keperluan yang spesifik untuk pemantau memasuki kawasan premis, bantu pemantau (seperti mendapatkan borang-borang tertentu untuk diisi, atau maklum dengan pengawal keselamatan dsb) supaya urusan lebih lancar dan mudah.


Keperluan sebelum pemantauan;

    i) Buku jurnal perlu dikemaskini sehingga waktu terkini sebelum hari pemantauan. Pastikan cop dan tandatangan penyelia dah lengkap ada di dalam buku jurnal tersebut.

    ii) Laporan akhir juga seharusnya telah mula dibuat (walaupun mungkin isinya masih terlalu sedikit - usaha itu penting untuk ditunjukkan) dalam bentuk draf mengikut format yang telah ditetapkan. 

    iii) Borang-borang pemantauan juga boleh dicetak sendiri dan bawa semasa pemantauan (untuk memudahkan pemantau sekiranya pemantau lupa bawa, hilang dsb). Borang boleh didapati terus dalam blog ini.

    iv) Slaid pembentangan kadang kala juga dapat membantu sekiranya dirasakan perlu. Tanya pemantau anda jika mereka inginkan anda membuat pembentangan semasa pemantauan.  


Hari pemantauan;

    i) Pastikan anda sentiasa peka akan waktu kehadiran pemantau ke premis anda. 

    ii) Pastikan pakaian adalah bersesuaian dengan hari perjumpaan berkenaan serta tidak mengganggu keperluan kerja anda. 

    iii) Terus ke tempat perbincangan yang telah ditetapkan, penuhi keperluan pemantau seadanya dan wujudkan suasana harmoni ketika perjumpaan tersebut.

    iii) Jika penyelia tidak dapat hadir dalam perjumpaan yang dirancang, pastikan penyelia sedar akan kehadiran pemantau pada hari tersebut dan pastikan pemantau ada nombor telefon penyelia anda untuk pemantau menghubunginya kemudian jika perlu.


Isnin, Mac 13, 2023

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi I : 2023/2024

Kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri pada Sesi I : 2023/2024 yang akan bermula pada 22 Ogos 2023, pendaftaran kursus Latihan Industri perlu dibuat dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum atau pada ;

23 MAC 2023

Dokumen yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Penasihat Akademik untuk disahkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing.

Disertakan pada pautan di bawah ini, dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing. Dokumen juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.

DOKUMEN PENDAFTARAN

BORANG JAWAPAN & SURAT PERMOHONAN LI

Pastikan anda tidak berlengah dalam membuat permohonan dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku dan menyusahkan banyak pihak.



Ahad, Februari 26, 2023

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi I : 2022/2023 - FASA 2 & PKLI

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri Sesi I : 2022/2023 FASA2 & PKLI yang akan tamat pada 2@3 Mac ini, diharap dapat mematuhi proses perlaksanaan tamat latihan industri seperti berikut;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2022/2023 FASA2 & PKLI adalah pada 06 MAC 2023 (Isnin) bermula jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sila berjumpa dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri (KPLIJ) di jabatan masing-masing untuk melapor diri balik LI.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 06 Mac 2023 - 09 Mac 2023 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
  • Pelajar boleh merujuk Senarai Pensyarah Penilai dalam pautan di bawah;
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.