Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri Sesi I : 2022/2023 FASA2 & PKLI yang akan tamat pada 2@3 Mac ini, diharap dapat mematuhi proses perlaksanaan tamat latihan industri seperti berikut;
- Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2022/2023 FASA2 & PKLI adalah pada 06 MAC 2023 (Isnin) bermula jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sila berjumpa dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri (KPLIJ) di jabatan masing-masing untuk melapor diri balik LI.
- Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 06 Mac 2023 - 09 Mac 2023 (Isnin - Khamis).
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
- Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
- Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
- Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)
- Pelajar boleh merujuk Senarai Pensyarah Penilai dalam pautan di bawah;
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan