Selasa, Disember 27, 2022

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi I : 2022/2023 - FASA 1

  Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani & akan tamat latihan industri sesi Sesi I : 2022/2023 FASA 1. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2022/2023 FASA 1 adalah pada 02 JANUARI 2023 (Isnin) bermula jam 8.15 pagi di Dewan Kuliah Utama dan seterusnya di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 02 Januari 2023 - 05 Januari 2023 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.