Ahad, Julai 30, 2017

Pendaftaran Kursus Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2017

Seperti yang sedia maklum semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri tempohari, pelajar perlu mendaftar segera Kursus Latihan Industri sebelum tarikh akhir pendaftaran dengan menghantar borang-borang diperlukan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing. Berikut adalah borang-borang diperlukan bagi tujuan tersebut (borang boleh juga dimuat turun dari SPMP i-UPLI). Sila pastikan tarikh dan sesi pendaftaran Latihan Industri adalah betul sebelum menghantar borang.


Pelajar sudah boleh mula memohon tempat LI mengikut panduan terperinci yang telah diberikan semasa taklimat. Terdapat juga syarikat yang menawarkan tempat LI seperti yang diiklankan dalam ruangan Makluman/Berita UPLI di laman UTAMA UPLI dalam web portal SPMP i-UPLI yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelajar boleh menghubungi syarikat secara terus dengan mengemukakan borang-borang yang diperlukan.


Sebarang pertanyaan mengenai Latihan Industri, sila hubungi kami di Pejabat Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB.

Ahad, Julai 02, 2017

Surat Mohon Tempat LI & Borang Jawapan Bagi Pelajar Sesi JUN 2017_PK

Berikut adalah borang-borang yang diperlukan bagi permohonan tempat LI bagi pelajar-pelajar Sesi Jun 2017_PK yang masih BELUM MENDAPAT TEMPAT. Borang-borang ini bertarikh perlaksanaan LI (Penilaian Khas) terkini bagi yang belum mendapat tempat SAHAJA. Bagi pelajar PK yang telah mendapat tempat sebelum ini boleh abaikan borang-borang ini. Harap maklum.