Ahad, Julai 30, 2017

Pendaftaran Kursus Pelajar Latihan Industri Sesi Disember 2017

Seperti yang sedia maklum semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri tempohari, pelajar perlu mendaftar segera Kursus Latihan Industri sebelum tarikh akhir pendaftaran dengan menghantar borang-borang diperlukan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing. Berikut adalah borang-borang diperlukan bagi tujuan tersebut (borang boleh juga dimuat turun dari SPMP i-UPLI). Sila pastikan tarikh dan sesi pendaftaran Latihan Industri adalah betul sebelum menghantar borang.

Surat Permohonan LI
Borang-Borang LI

Pelajar sudah boleh mula memohon tempat LI mengikut panduan terperinci yang telah diberikan semasa taklimat. Terdapat juga syarikat yang menawarkan tempat LI seperti yang diiklankan dalam ruangan Makluman/Berita UPLI di laman UTAMA UPLI dalam web portal SPMP i-UPLI yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pelajar boleh menghubungi syarikat secara terus dengan mengemukakan borang-borang yang diperlukan.


Sebarang pertanyaan mengenai Latihan Industri, sila hubungi kami di Pejabat Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan