Rabu, Mac 28, 2018

MAKLUMAN AWAL: Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2017

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2017. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2017;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi Disember 2017 adalah pada 16 APRIL 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi** di DEWAN MUADZAM SHAH**, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 16 APRIL 2018 (Isnin) sehingga 19 APRIL 2018 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat acara di dewan taklimat. (Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD, 08 APRIL 2018) 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
**masa dan tempat tertakluk kepada perubahan

***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2017 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan bermula 03 April 2018. 


PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.

PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar.