Khamis, September 28, 2017

PERINGATAN : Pelajar yang Belum Mendapat Tempat LI bagi Sesi Disember 2017 (DIKEMASKINI 31.10.2017)

Adalah diharapkan, pelajar-pelajar yang belum mendapat tempat untuk Latihan Industri bagi Sesi Disember 2017, bertindak SEGERA sebelum tarikh akhir pendaftaran syarikat dalam SPMP berakhir berbaki lebih kurang BEBERAPA MINGGU sahaja lagi.

Peratusan yang telah mendaftar tempat AMAT-AMAT RENDAH! Sila ambil perhatian terhadap perkara ini secara serius.

Sebagai alternatif, anda boleh merujuk senarai syarikat yang berminat melalui link LAMAN MAKLUMAN/BERITA TAWARAN LI I-UPLI di sebelah kanan blog ini, untuk memohon tempat LI, atau buat tinjauan sendiri di kawasan sekitar pilihan anda.

*PENTING : JANGAN LUPA BUAT 'FOLLOW UP'! 

USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!

 Berikut adalah statistik terkini peratusan pelajar yang telah mendaftar syarikat dalam SPMP;

JKA    73%
JKE    58%
JKM    44%
JP    75%
Daripada keseluruhan pelajar yang mendaftar LI, hanya 64% sahaja pelajar yang telah mendaftar syarikat.

AMAT MEMBIMBANGKAN. ANDA BILA LAGI?

Mohon perhatian anda semua.

TQVM.

Khamis, September 07, 2017

PERINGATAN MESRA : Pendaftaran Syarikat Dalam SPMP untuk Sesi Dis 2017

Kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Disember 2017, adalah diharapkan supaya dapat mencari penempatan LI dengan kadar SEGERA kerana tarikh tamat pendaftaran syarikat hanya tinggal berbaki lebih kurang 2 BULAN sahaja.

Bagi yang telah mendapat tawaran LI, sila semak surat jawapn anda di Kaunter UPLI dan segera daftarkan syarikat anda dalam SPMP mengikut prosedur yang telah diberitahu semasa taklimat Pengenalan LI sebelum ini. Sila rujuk carta alir di bawah.

Carta Alir Daftar Syarikat 

Bagi rujukan para pelajar juga, Slide Taklimat Pengenalan LI Sesi Disember 2017 dan Carta Alir Penuh Perlaksanaan Sebelum LI kini boleh dimuat turun di ruangan MUAT TURUN LAIN di sebelah kanan blog ini. ===========>>>>>>>>>>>>>>

HARAP MAKLUM.