Khamis, November 18, 2021

Pendaftaran Latihan Industri bagi Pelajar Sesi II : 2021/2022

Bagi pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi II : 2021/2022 nanti diharapkan sudah mendengar taklimat pengenalan LI dan selesai mendaftar secara Online di SPMP iUPLI sebelum ke langkah seterusnya iaitu melengkapkan borang-borang pendaftaran. 

Berikut disertakan pautan alternatif untuk muat turun borang-borang yang diperlukan bagi pendaftaran kursus Latihan Industri bagi Sesi II : 2021/2022. Borang-borang ini juga boleh didapati dalam SPMP iUPLI.


Borang-borang perlu dilengkapkan dan dihantar kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing, pada atau sebelum;

02 Disember 2021
 
Penting:

Pencarian syarikat perlu dibuat seawal mungkin bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari. JANGAN BERTANGGUH. Boleh rujuk pautan-pautan di bawah untuk prosedur pendaftaran, tips pencarian syarikat dan link yuotube live taklimat pengenalan untuk maklumat lanjut. 

Bagi yang telah berjaya mendapatkan tempat, sila simpan salinan borang jawapan daripada syarikat masing-masing sehingga pendaftaran LI selesai, barulah pendaftaran syarikat boleh dibuat sendiri di laman web SPMP.


Khamis, Ogos 26, 2021

Proses Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2020 - FASA 2 & FASA 3 (PKLI)

Perhatian kepada semua pelajar yang telah tamat dan sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2020 FASA 2 & FASA 3 (PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa penilaian tamat LI dijalankan;

  • Proses Penilaian pelajar akan dilaksanakan pada tempoh masa yang sama (untuk FASA 2 & FASA 3) bermula pada 12 September - 17 September 2021.
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk pautan memo di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menjalani penilaian tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
    • Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
    • Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
  • Pelajar boleh rujuk Memo Penilaian Latihan Industri Sesi Disember 2020 >>>di sini<<<
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.


MAKLUMAT PENTING : Penambahan Tarikh Perlaksanaan LI bagi Sesi 1 : 2021/2022

Berikutan situasi semasa COVID 19 yang masih berlarutan, perlaksanaan LI bagi sesi 1 : 2021/2022 telah mengalami penambahan tarikh daripada hanya satu tarikh yang asal yang mana ia dirasakan sesuai untuk memberi lebih banyak masa dan peluang untuk pelajar mencari tempat latihan masing-masing. Oleh itu, Latihan Industri pada sesi tersebut akan mengikut ketetapan seperti berikut;

    i.   FASA 1 : Bermula 26/27 September 2021 hingga 10/11 Februari 2022 (Tarikh asal, pelajar yang telah mendapat tempat mengikut tempoh ini akan memulakan LI masing-masing seperti perancangan asal. TEMPOH UNTUK PENCARIAN TELAH BERAKHIR.

    ii.  FASA 2 : Bermula 24/25 Oktober 2021 hingga 10/11 Mac 2022 (Tempoh tambahan baharu, pelajar yang belum mendapat tempat sehingga tarikh FASA 1 bermula, masih berpeluang mencari tempat LI sebelum tarikh baharu ini bermula.) SILA DAFTARKAN TEMPAT LI ANDA DENGAN SEGERA.

    iii. FASA 3 : Bermula 21/22 November 2021 hingga 07/08 April 2022 (Hanya untuk pelajar Penilaian Khas). 

    Oleh yang demikian, pelajar yang berada di FASA 2 dan FASA 3 sahaja (seperti ditetapkan di atas & belum mendapat tempat LI) dikehendaki untuk menggunakan Surat Permohonan LI & Borang Jawapan yang baharu (bertarikh baharu FASA 2 @ FASA 3) yang boleh di muat turun di link dibawah ini atau di portal i-UPLI SPMP masing-masing untuk memohon tempat LI. 

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA2

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA3

Bagi yang melalui FASA 1, tahniah dan teruskan dengan perancangan asal dan tamat LI dalam tempoh yang sebenar. JANGAN SESEKALI TUKAR TEMPAT LI KE FASA 2. Pertukaran tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah kesalahan serius dan boleh diGAGALkan LI. 

SELAMAT MENEMPUHI LATIHAN INDUSTRI. SELAMAT BERJAYA.

Khamis, Mei 06, 2021

Pencarian Syarikat untuk Penempatan Latihan Industri Sesi 1:2021/2022 Bermula

 Selepas selesainya taklimat pengenalan, para pelajar yang akan menjalani Sesi 1 : 2021/2022, yang telah mendaftar latihan industri, adalah dinasihatkan untuk mula mencari penempatan di mana-mana organisasi seawal yang mungkin bagi mengelakkan berlakunya kesesakan peluang di hujungnya nanti.

Jangan berlengah dan bertangguh untuk memastikan tempat anda di organisasi adalah tempat yang tepat dan terbaik pilihan anda. 

Pastikan anda telah buat semakan latar belakang syarikat dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.

Jangan memohon jika anda tidak boleh bertanggungjawab atas permohonan anda.

Buatlah keputusan bijak berdasarkan kos, masa dan bidang seperti yang telah dibincangkan dalam taklimat sebelum ini. Sila rujuk semula SLIDE TAKLIMAT PENGENALAN SESI 1 : 2021/2022.

Sila rujuk juga pautan lain di bawah ini untuk tips lain;

Pendaftaran Kursus Latihan Industri

Tips tinjauan carian syarikat untuk LI

Tips ringkas : pencarian syarikat untuk LI


INGAT, YANG LUARANNYA BAIK, TIDAK SEMESTINYA DALAMANNYA JUGA BAIK.

JANGAN MENILAI BUKU HANYA DARI LUARANNYA.

BERTINDAK SEKARANG! REBUT PELUANG PENEMPATAN TERBAIK ANDA! 

Selasa, Februari 23, 2021

MAKLUMAN PENTING : Perubahan Perlaksanaan LI bagi Sesi Disember 2020

Berikutan situasi semasa COVID 19, perlaksanaan LI bagi sesi Disember 2020 telah mengalami perubahan dari segi tempoh perlaksanaannya yang mana disesuaikan mengikut pindaan Kalendar Akademik Politeknik dan Kolej komuniti tahun 2021. Oleh itu, Latihan Industri pada sesi tersebut akan mengikut ketetapan seperti berikut;

    i. FASA 1 : Bermula 28 Feb/01 Mac 2021 hingga 15/16 Julai 2021 (Tarikh asal (seperti dalam makluman sebelum ini >>rujuk sini<<), pelajar yang telah mendapat tempat ketika ini boleh terus memulakan LI masing-masing seperti perancangan asal bermula minggu hadapan.)

    ii. FASA 2 : Bermula 28/29 Mac 2021 hingga 12/13 Ogos 2021 (Tempoh baharu, pelajar yang belum mendapat tempat ketika ini, masih berpeluang mencari tempat LI sebelum tarikh ini bermula - TEMPOH TELAH BERAKHIR)

    iii. FASA 3 : Bermula 25/26 April 2021 hingga 09/10 September 2021 (Hanya untuk pelajar Penilaian Khas) 

Oleh yang demikian, pelajar yang berada di FASA 2 dan FASA 3 sahaja (yang belum mendapat tempat LI) dikehendaki untuk menggunakan Surat Permohonan LI & Borang Jawapan yang baharu (bertarikh baharu FASA 2 @ FASA 3) yang boleh di muat turun di link dibawah ini atau di portal i-UPLI SPMP masing-masing untuk memohon tempat LI. 

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA2

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA3

Bagi yang melalui FASA 1, tahniah dan teruskan dengan perancangan asal dan tamat LI dalam tempoh yang sebenar. JANGAN SESEKALI TUKAR TEMPAT LI KE FASA 2. Pertukaran tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah kesalahan serius dan boleh diGAGALkan LI. 


SELAMAT MENEMPUHI LATIHAN INDUSTRI. SELAMAT BERJAYA.