Berikutan situasi semasa COVID 19 yang masih berlarutan, perlaksanaan LI bagi sesi 1 : 2021/2022 telah mengalami penambahan tarikh daripada hanya satu tarikh yang asal yang mana ia dirasakan sesuai untuk memberi lebih banyak masa dan peluang untuk pelajar mencari tempat latihan masing-masing. Oleh itu, Latihan Industri pada sesi tersebut akan mengikut ketetapan seperti berikut;
i. FASA 1 : Bermula 26/27 September 2021 hingga 10/11 Februari 2022 (Tarikh asal, pelajar yang telah mendapat tempat mengikut tempoh ini akan memulakan LI masing-masing seperti perancangan asal. TEMPOH UNTUK PENCARIAN TELAH BERAKHIR.
ii. FASA 2 : Bermula 24/25 Oktober 2021 hingga 10/11 Mac 2022 (Tempoh tambahan baharu, pelajar yang belum mendapat tempat sehingga tarikh FASA 1 bermula, masih berpeluang mencari tempat LI sebelum tarikh baharu ini bermula.) SILA DAFTARKAN TEMPAT LI ANDA DENGAN SEGERA.
iii. FASA 3 : Bermula 21/22 November 2021 hingga 07/08 April 2022 (Hanya untuk pelajar Penilaian Khas).
Oleh yang demikian, pelajar yang berada di FASA 2 dan FASA 3 sahaja (seperti ditetapkan di atas & belum mendapat tempat LI) dikehendaki untuk menggunakan Surat Permohonan LI & Borang Jawapan yang baharu (bertarikh baharu FASA 2 @ FASA 3) yang boleh di muat turun di link dibawah ini atau di portal i-UPLI SPMP masing-masing untuk memohon tempat LI.
Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA2
Surat Permohonan LI & Borang Jawapan FASA3
Bagi yang melalui FASA 1, tahniah dan teruskan dengan perancangan asal dan tamat LI dalam tempoh yang sebenar. JANGAN SESEKALI TUKAR TEMPAT LI KE FASA 2. Pertukaran tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah kesalahan serius dan boleh diGAGALkan LI.
SELAMAT MENEMPUHI LATIHAN INDUSTRI. SELAMAT BERJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan