Perhatian kepada semua pelajar yang telah tamat dan sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2020 FASA 2 & FASA 3 (PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa penilaian tamat LI dijalankan;
- Proses Penilaian pelajar akan dilaksanakan pada tempoh masa yang sama (untuk FASA 2 & FASA 3) bermula pada 12 September - 17 September 2021.
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk pautan memo di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
- Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menjalani penilaian tersebut, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
- Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
- Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
- Pelajar boleh rujuk Memo Penilaian Latihan Industri Sesi Disember 2020 >>>di sini<<<
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan