Isnin, November 26, 2018

Perlaksanaan Proses Tamat LI untuk Pelajar PENILAIAN KHAS Sesi JUN 2018 (PK)

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi JUN 2018 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi JUN 2018 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 03 DISEMBER 2018 (Isnin) jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.  
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 03 DISEMBER 2018 (Isnin) sehingga 06 DISEMBER 2018 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk penetapan masa dan tarikh penilaian. 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
    • LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
    • JURNAL REFLEKSI
    • SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
    • Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
    • Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
    • Appendix 3 (Borang Penilaian Pemantau "Observation Form" - Jika tidak dikutip oleh pemantau sahaja)
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Ahad, November 11, 2018

Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Jun 2018

Berikut adalah senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Jun 2018 mengikut jabatan pengajian masing-masing. Pelajar yang akan mendaftar tamat LI untuk sesi tersebut dikehendaki mengubungi pensyarah penilai masing-masing untuk menentukan tarikh dan masa bagi sesi penilaian LI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Sebarang pertanyaan mengenai daftar tamat LI boleh terus menghubungi kami di UPLI di talian tertera dalam web ini.


**Sila rujuk JADUAL penuh PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2018 di ruangan hebahan Laman Web Rasmi PTSB ---> link ada di sebelah kanan blog ini.

SILA BERHEMAH DAN BERBUDI BAHASA KETIKA BERURUSAN

Isnin, November 05, 2018

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2018

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Jun 2018. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2018;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi Jun 2018 adalah pada 19 NOVEMBER 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi di DEWAN MUADZAM SHAH, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 19 NOVEMBER 2018 (Isnin) sehingga 21 NOVEMBER 2018 (Rabu).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat acara di dewan taklimat. (Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD,  11 NOVEMBER 2018) 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi JUN 2018 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan bermula 07 November 2018. 

PERHATIAN : Pelajar WAJIB HADIR pada 19/11/2018, jam 8.00 pagi (semasa TAKLIMAT TAMAT LI & PENDAFTARAN PELAJAR TAMAT LI) serta menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan seperti jadual di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan. 

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.

PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar.