Ahad, April 09, 2017

Senarai Nama Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Disember 2016

Berikut di bawah adalah senarai nama pensyarah penilai Latihan Industri Sesi Disember 2016 mengikut jabatan pengajian pelajar. Pelajar diingatkan untuk menghubungi pensyarah penilai untuk sesi penilaian masing-masing dan sentiasa berhemah semasa berhubung nanti. 
Terima Kasih.



Selasa, April 04, 2017

Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2016. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2016 adalah pada 17 APRIL 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi di  DEWAN KULIAH UTAMA, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 17 APRIL 2017 (Isnin) sehingga 20 APRIL 2017 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian. (Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula Isnin, 9 APRIL 2017). 
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.

Jadual Penuh Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2016 boleh didapati di ruangan hebahan dalam laman web utama PTSB.


PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :
Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar.