Ahad, Januari 16, 2022

MAKLUMAN PENTING : Perubahan Perlaksanaan LI bagi Sesi II : 2021/2022

 Berikutan situasi banjir yang lepas, perlaksanaan LI bagi sesi II : 2021/2022 telah mengalami perubahan dari segi tempoh perlaksanaannya. Oleh itu, Latihan Industri pada sesi tersebut akan mengikut ketetapan seperti berikut;

    i. FASA 1 : Bermula 06/07 Mac 2022 hingga 21/22 Julai 2022 (Tarikh baharu. Tarikh asal pada 21/02/2022 - 08/07/2022 adalah TERBATAL. Pelajar yang telah mendapat tempat ketika ini akan memulakan LI masing-masing mengikut tarikh baharu ini. Surat makluman pindaan tarikh untuk edaran kepada syarikat boleh dimuaturun di pautan ini >> Surat makluman pindaan tarikh LI sesi II : 2021/2022)

    ii. FASA 2 : Bermula 08/09 Mei 2022 hingga 22/23 September 2022 (Untuk pelajar Penilaian Khas (PK). Namun pelajar yang bukan PK juga boleh menjalani LI pada tarikh ini atas sebab-sebab kekangan yang tak dapat dielakkan.) 

Oleh yang demikian, pelajar yang belum mendapat tempat LI dikehendaki untuk menggunakan Surat Permohonan LI & Borang Jawapan yang baharu (bertarikh baharu FASA 1) yang boleh di muat turun di link di bawah ini atau di portal i-UPLI SPMP masing-masing untuk memohon tempat LI. 

Surat Permohonan LI & Borang Jawapan (Tarikh Baharu) FASA1

Bagi yang telah mendapat tempat, tahniah diucapkan. Bagi yang belum, teruskan mencari dan cuba elakkan untuk berada di FASA 2. Selalu diingatkan, Pertukaran tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah kesalahan serius dan boleh diGAGALkan LI. 


SELAMAT MENEMPUHI LATIHAN INDUSTRI. SELAMAT BERJAYA.