Rabu, Mac 29, 2017

PERINGATAN MESRA: Senarai Semak LI Sesi Jun 2017

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir kepada pelajar-pelajar semester akhir di PTSB yang mana bakal menjalani Latihan Industri pada sesi akan datang. Diharapkan sebelum berakhirnya minggu Peperiksaan Akhir ini, anda yang akan menjalani Latihan Industri Sesi Jun 2017 ini dapat meneliti beberapa perkara berikut;

  • telah mendaftar latihan industri (termasuk menghantar borang-borang yang diperlukan).
  • telah memohon tempat latihan industri pilihan anda.
  • telah mengambil salinan surat jawapan daripada syarikat (jika diterima oleh syarikat) di UPLI.
  • telah menyemak dan mendaftar syarikat dan pegawai bertanggungjawab di syarikat dalam SPMP.
  • telah memberitahu Penyelaras LI Jabatan untuk mengesahkan syarikat yang didaftarkan tadi.
  • boleh mencetak surat penempatan LI sendiri. 
Jika anda boleh melakukan kesemua ini tanpa ada masalah, bermakna anda telah bersedia untuk melangkah ke alam Latihan Industri sebenar. Tetapi jika masih ada yang tertinggal, bermakna anda perlu BERTINDAK SEGERA sebelum anda menghadapi masalah di kemudian hari.

Hanya lebih kurang 20% sahaja yang telah bersedia setakat ini. YANG LAIN BILA LAGI???


Rabu, Mac 08, 2017

Perubahan Dokumen Kursus Latihan Industri Sesi Jun 2017

Berikut adalah merupakan borang dan surat permohonan untuk menjalani latihan industri TERBARU bagi sesi JUN 2017 berikutan berlaku sedikit perubahan pada borang sebelum ini.


SILA "KLIK" PAUTAN BERIKUT

Laman web terbaru Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Sesi Jun 2017 nanti. Laman web UPLI-PTSB yang baru ini diwujudkan kerana berlaku kekangan terhadap pentadbir laman web sebelum ini. Seperti yang anda sedia maklum, berlaku sedikit pertukaran pada alamat web ini iaitu;

     daripada "http://upliptsb.blogspot.com" ditukar kepada 
"http://upli-ptsb.blogspot.my"

Laman web yang lama masih lagi boleh diakses seperti biasa sehingga dimaklumkan kelak. Namun begitu, makluman dan info terbaru mengenai Latihan Industri hanya akan disampaikan melalui laman web yang baharu ini.