Ahad, April 28, 2019

PERINGATAN AKHIR : Statistik terkini daftar syarikat di SPMP Sesi Jun 2019 (dikemaskini 27.05.2019)

Berikut adalah statistik terkini peratus pelajar Sesi Jun 2019 (tidak termasuk yang tidak layak selepas keputusan akhir dikeluarkan) yang telah mendaftar syarikat dalam sistem i-UPLI SPMP mengikut jabatan pengajian masing-masing;

JKA  86.2%
JKE  64.5%
JKM 62.5%
JP  89.4%

Peratus keseluruhan : 77.0%

AMARAN TERAKHIR.

Kepada pelajar-pelajar yang belum mendaftarkan syarikat, pelajar wajib berbuat demikian sebelum tarikh akhir yang baharu iaitu sebelum atau pada;

30 Mei 2019

bagi memberi ruang kepada kami di Unit Perhubungan dan Latihan Industri dalam melaksanakan pelbagai urusan berkaitan yang lain sebelum anda ke organisasi masing-masing bermula 01/07/2019.  

Bagi yang sudah mendapat tempat, tak perlu untuk memohon ke tempat yang lain pula. Fokus dan tumpukan perhatian anda pada persediaan untuk menempuh alam baru Latihan Industri selepas ini.

sila rujuk;
Carta Alir Sebelum LI
TIPS:Tinjauan & Carian Syarikat LI
Tatacara Ringkas Lapor Diri di Organisasi


BERINGAT SEBELUM TERKENA 


Selasa, April 23, 2019

Program "PLAN YOUR FUTURE" sempena Pendaftaran Tamat LI Sesi Disember 2018

CISEC dengan kerjasama Unit Perhubungan dan Latihan Industri, PTSB akan menganjurkan Program "PLAN YOUR FUTURE" pada Hari Pendaftaran Pelajar Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018 ini.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang akan daftar balik LI pada 29 April 2019 ini diwajibkan untuk;

1.  mengenakan PAKAIAN FORMAL, 
2. membawa RESUME (disarankan lebih dari 1 salinan)

untuk mengambil peluang temuduga terbuka oleh syarikat-syarikat yang akan mengambil bahagian dalam program pada hari tersebut. Pelajar juga boleh Drop-in Resume masing-masing semasa program itu nanti.

Program WAJIB dihadiri semua pelajar Balik LI sesi Disember 2018, di Dewan Muadzam Shah, PTSB bermula jam 8.00 pagi.

AMBILLAH PELUANG INI DENGAN SEBAIK YANG MUNGKIN,
KERANA,
IA MUNGKIN TIADA LAGI DI MASA YANG LAIN

Ahad, April 21, 2019

Senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi Disember 2018

Berikut adalah senarai Pensyarah Penilai Latihan Industri Sesi DIsember 2018 mengikut jabatan pengajian masing-masing. Pelajar yang akan mendaftar tamat LI untuk sesi tersebut dikehendaki mengubungi pensyarah penilai masing-masing untuk menentukan tarikh dan masa bagi sesi penilaian LI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Sebarang pertanyaan mengenai daftar tamat LI boleh terus menghubungi kami di UPLI di talian tertera dalam web ini.

Pensyarah Penilai JKE (ada perubahan)

**Sila rujuk JADUAL penuh PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2018 seperti dalam catatan sebelum ini.

SILA BERHEMAH DAN BERBUDI BAHASA KETIKA BERURUSAN

Selasa, April 09, 2019

Makluman Awal : Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2018. Berikut adalah maklumat penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi Disember 2018;
  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2018 adalah pada 29 APRIL 2019 (Isnin) jam 8.00 pagi di DEWAN MUADZAM SHAH, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan seterusnya di Jabatan Pengajian  masing-masing, 
  • Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 29 APRIL 2019 (Isnin) sehingga 02 MEI 2019 (Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung dengan pensyarah penilai untuk menentukan tarikh dan masa untuk penilaian - tetapi masa penilaian hanya dibenarkan selepas tamat Pendaftaran Pelajar Tamat LI di Jabatan Pengajian masing-masing yang dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang, 29/04/2019. 
  • Senarai nama pensyarah penilai hanya akan mula dimuat naik dalam web PTSB dan laman blog ini bermula AHAD,  21 APRIL 2019.
  • Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan JURNAL REFLEKSI dan LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding".
  • Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
  • Pelajar wajib berpakaian kemas dan mematuhi kod etika berpakaian sepanjang berada di dalam kawasan kampus politeknik.
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
***Sila rujuk JADUAL PENUH tatacara dan tarikh penting Perlaksanaan Proses Tamat Latihan Industri Sesi DISEMBER 2018 yang boleh diakses di Laman Web Utama PTSB di ruangan hebahan bermula 14 April 2019.

atau Klik Di Sini 
___________________________________________________________________________________
PERHATIAN : 

Pelajar WAJIB HADIR pada 29/04/2019, jam 8.00 pagi (semasa TAKLIMAT TAMAT LI & PENDAFTARAN PELAJAR TAMAT LI) serta menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan dalam jadual tersebut di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan. 

Kegagalan pelajar untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi proses penilaian dan berkemungkinan akan mengakibatkan GAGAL penilaian latihan industri dan dikehendaki MENGULANG LATIHAN INDUSTRI pada semester berikutnya.
___________________________________________________________________________________
PESANAN KHAS DARI UNIT PEPERIKSAAN :

Pelajar juga diminta untuk membawa SAMPUL SURAT (110mm x 220mm), bertulis NAMA dan ALAMAT SENDIRI beserta ditampal sekali SETEM RM1 dan diserahkan kepada Penasihat Akademik (PA) masing-masing semasa daftar balik tamat latihan industri bertujuan untuk pengeposan surat tamat belajar.