1) Buat Carian Syarikat
- dalam SPMP i-UPLI, boleh search senarai syarikat berdasarkan negeri atau bidang dalam pengkalan data
- melalui LAMAN UTAMA UPLI, terdapat tawaran-tawaran LI terdahulu dan semasa daripada syarikat yang memerlukan pelajar
- melalui Telegram UPLI PTSB, juga tawaran-tawaran LI daripada syarikat
- melalui rekomendasi pelajar-pelajar senior terdahulu yang telah LI di syarikat tersebut
- melalui pemerhatian anda sendiri di kawasan-kawasan pilihan anda sendiri
- Macam-macam kaedah, antaranya; i) melalui internet (Google, yahoo dsb), ii) tanya saudara@kawan-kawan terdekat, pelajar senior, iii) pemerhatian sendiri di syarikat tersebut.
- penting untuk mengetahui serba sedikit suasana dan operasi syarikat
- pastikan syarikat menjalankan perniagaan yang sah
- tidak terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan (untuk pastikan anda tetap pendirian)
- untuk memastikan operasi syarikat masih dalam bidang (bidang), tidak memakan masa untuk perjalanan pergi-balik harian (masa & kos) dan anda rasa tidak terbeban dengan tugasan yang akan diberikan (masih dalam kemampuan anda)
3) Kaedah permohonan yang betul
- Setelah berpuashati dengan keadaan syarikat (dari segi operasi, bidang, kos, masa dan kemampuan anda), baru mula memohon.
- tetapkan hanya mohon satu syarikat dahulu (daripada beberapa syarikat dalam senarai pemilihan anda), kalau dapat terus terima dan jangan ubah pendirian anda
- hantar menggunakan surat permohonan beserta borang resume dan surat jawapan yang betul dan lengkap.
- buat follow up setelah permohonan dihantar, jangan hanya tunggu sahaja tanpa follow up (untuk menunjukkan kesungguhan anda)
- jika tidak berjaya, terus buat permohonan ke syarikat baru dengan segera.
JANGAN BERTANGGUH LAGI, MULAKAN PENCARIAN SYARIKAT ANDA SEKARANG.
MASA TIDAK AKAN MENUNGGU ANDA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan