Khamis, Januari 25, 2018

TIPS RINGKAS: Pencarian Syarikat untuk Penempatan LI

Bagi pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan industri sesi Jun 2018 ini, digalakkan untuk selalu melayari Laman Makluman/Berita Tawaran LI i-UPLI (tanpa login) di ruangan Laman Web/Portal Pautan di sebelah kanan blog ini untuk iklan-iklan tawaran LI terkini daripada syarikat-syarikat di serata tempat di Malaysia. Ia juga boleh diakses melalui laman web SPMP i-UPLI (dengan login).

Selain itu, pelajar juga boleh membuat carian syarikat melalui laman web SPMP i-UPLI untuk mencari syarikat yang telah sedia ada dalam "database" i-UPLI dan buatlah tinjauan melalui rakan-rakan atau hubungi sendiri pihak syarikat untuk mengetahui serba sedikit latar belakang syarikat sebelum membuat permohonan. 

Ingat; jangan memohon tanpa melakukan tinjauan. 
Sentiasa berhemah semasa berurusan.

Jangan Putus Asa dan Semoga Berjaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan