Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani @ baru tamat latihan industri sesi Jun 2020 (FASA 1, FASA 2 dan PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
- Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula sebaik pelajar TAMAT LATIHAN INDUSTRI di Organisasi masing-masing (bergantung situasi/senario pelajar semasa PKPP/PKPB) seperti tempoh penilaian berikut;
- FASA 1 : dari 29 November - 10 Disember 2020
- FASA 2 (termasuk PKLI) : dari 20 Disember - 31 Disember 2020
- bagi pelajar yang perlu penggantian tempoh LI (akibat pelepasan tanpa tugasan) : selewat-lewatnya sebelum 28 Januari 2021
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
- Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut mengikut kaedah yang tertera dalam Panduan Penilaian Akhir (versi PKPP/PKPB) seperti dalam link di bawah, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
- Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
- Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
- Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Akhir (Pelajar) >>>di sini<<<
- Pelajar boleh rujuk Pensyarah Penilai >>>di sini<<<
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan