Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi I:2026/2027 akan datang, pastikan anda telah membuat pendaftaran kursus Latihan Industri secara atas talian semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi I:2026/2027 tempohari. Tempoh penghantaran dokumen kursus juga telah berakhir dan seharusnya nama anda telah berada dalam senarai pelajar LI untuk sesi ini. Pastikan anda SEMAK STATUS anda dalam SPMP iUPLI untuk pengesahan.
Untuk makluman, tempoh LI seperti dihebahkan semasa Taklimat Pengenalan tempohari telah berubah kepada tarikh yang baharu, iaitu ;
Tempoh li asal : 07@08 JUN 2026 - 22@23 OKTOBER 2026
TEMPOH LI BAHARU : 14@15 JUN 2026 - 29@30 OKTOBER 2026
Maka dengan selesainya fasa pendaftaran itu, adalah menjadi tanggungjawab anda sekarang untuk melakukan pencarian tempat LI yang akan menjadi destinasi anda seterusnya untuk sesi hadapan.
Pastikan anda TIDAK BERTANGGUH untuk membuat permohonan di mana-mana organisasi/syarikat dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku yang akan menyusahkan banyak pihak.
Pastikan anda telah buat SEMAKAN LATAR BELAKANG SYARIKAT dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.
SILA;
* Mohon awal. Satu sahaja. Ditolak, baru cari lain.
* Bertanggungjawab atas permohonan anda.
* Pembatalan syarikat WAJIB disertai surat rasmi.
* Dah dapat, sila komited.
* Pertukaran tidak dibenarkan selepas tarikh 1 minggu sebelum LI bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan