Isnin, September 19, 2022

Panduan Perlaksanaan Penilaian Akhir Latihan Industri Sesi II : 2021/2022 - FASA 2 & PKLI

  Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani @ akan tamat latihan industri sesi Sesi II : 2021/2022 FASA2 & PKLI. Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2021/2022 FASA2 & PKLI adalah pada 26 SEPTEMBER 2022 (Isnin) bermula jam 9.00 di Jabatan Pengajian masing-masing, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Sila berjumpa dengan Ketua Penyelaras Latihan Industri (KPLIJ) di jabatan masing-masing untuk melapor diri balik LI.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 26 September 2022 - 29 September 2022 (Isnin - Khamis).
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi. 
  • Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menghadiri sesi pendaftaran tersebut, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Appendix 1 (Borang Penilaian Industri – DUT60019)
    • Appendix E1 (Borang Penilaian Industri – DUT600610)
    • Appendix 1 & 2 (Borang Penilaian Industri – DUT40110)      
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan