Ahad, September 11, 2022

Surat Permohonan dan Borang Jawapan Sesi I : 2022/2023 untuk FASA 2 dan PKLI

 Bagi pelajar-pelajar yang masih belum mendapat tempat LI untuk Sesi I : 2022/2023 - FASA 1, anda masih berpeluang mendapatkan tempat sehingga tarikh LI pada FASA 2 & PKLI bermula, iaitu pada tempoh ; 

17 Oktober 2022 sehingga 03 Mac 2023

Oleh itu, permohonan baharu perlu oleh dibuat oleh pelajar-pelajar ini kepada syarikat masing-masing menggunakan tarikh bermulanya LI yang baharu ini, seperti yang tertera dalam borang-borang baharu yang boleh dimuat turun melalui pautan di bawah ini.

Surat Mohon LI & Borang jawapan FASA 2

Surat Mohon LI & Borang jawapan PKLI

Borang baharu ini juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI. Setelah permohonan berjaya, sila hubungi UPLI untuk pendaftaran syarikat.

Untuk pelajar yang telah mendapat tempat LI di FASA 1, tahniah. Teruskan LI dan jangan berfikir untuk menukar tempat ke FASA 2 kerana PERTUKARAN tempat LI tanpa kebenaran UPLI adalah SALAH dan DILARANG SAMA SEKALI.

**JANGAN GUNAKAN borang lama, bertarikh 15 Ogos 2022 - 30 Disember 2022 jika anda LI di FASA 2 & PKLI. Pastikan tarikh dalam surat dan borang adalah BETUL sebelum digunakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan