Perhatian kepada semua pelajar yang telah tamat dan sedang menjalani latihan industri sesi 1 : 2021/2022 FASA 1, FASA 2 & FASA 3 (termasuk PKLI). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa penilaian tamat LI dijalankan;
- Proses Penilaian pelajar selepas tamat LI (melibatkan Pembentangan & LALI) akan dilaksanakan pada tempoh masa seperti berikut mengikut fasa masing-masing;
- FASA 1 : bermula pada 12 - 17 Februari 2022 (5 hari sahaja).
- FASA 2 : bermula pada 12 - 17 Mac 2022 (5 hari sahaja).
- FASA 3 & PKLI : bermula pada 09 - 12 April 2022 (4 hari sahaja).
- Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk pautan memo di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
- Pelajar perlu menyediakan dan mengemukakan semua dokumen berikut semasa menjalani penilaian tersebut, iaitu;
- Laporan Akhir Latihan Industri
- Jurnal Refleksi
- Borang/Surat Tamat Latihan Industri
- Appendix 1 (Borang Penilaian "Practical Task")
- Appendix 2 (Borang Penilaian "Journal Reflective")
- Appendix 3 (Borang Penilaian "Observation Form")
- Pelajar boleh rujuk Panduan Penilaian Latihan Industri Sesi 1 : 2021/2022 >>>di sini<<<
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan