Isnin, September 08, 2025

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi II:2025/2026

    Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi II:2025/2026 akan datang, pendaftaran kursus Latihan Industri`secara atas talian sepatutnya telahpun dibuat semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi II:2025/2026 tempohari. Maka seterusnya pelajar perlu melengkapkan pendaftaran LI dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan seperti diterangkan dalam taklimat tersebut kepada Penasihat Akademik (PA) dan seterusnya kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing.

    Dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing juga disertakan dalam link di bawah. Dokumen ini juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.


Pastikan anda TIDAK BERTANGGUH untuk membuat permohonan di mana-mana organisasi/syarikat dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku yang akan menyusahkan banyak pihak.

Pastikan anda telah buat semakan latar belakang syarikat dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.

Jangan memohon jika anda tidak boleh bertanggungjawab atas permohonan anda.

Sila rujuk semula pautan slaid Taklimat Pengenalan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kursus LI dan pendaftaran syarikat di SPMP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan