Khamis, Mei 15, 2025

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2024/2025 FASA1

 Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi II : 2024/2025 FASA 1, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2024/2025 FASA 1 adalah pada 26 MEI 2025 (ISNIN) bermula jam 8.00 pagi di DEWAN KULIAH UTAMA (DKU), PTSB dan seterusnya Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 26 Mei 2025 - 29 Mei 2025 (Isnin - Khamis). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk DGU & JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk DGU & JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/CkGgAY4TXi75Aww7A, iaitu;
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan