Isnin, September 08, 2025

Pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi II:2025/2026

    Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi II:2025/2026 akan datang, pendaftaran kursus Latihan Industri`secara atas talian sepatutnya telahpun dibuat semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi II:2025/2026 tempohari. Maka seterusnya pelajar perlu melengkapkan pendaftaran LI dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan seperti diterangkan dalam taklimat tersebut kepada Penasihat Akademik (PA) dan seterusnya kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing.

    Dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing juga disertakan dalam link di bawah. Dokumen ini juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.

Pastikan anda TIDAK BERTANGGUH untuk membuat permohonan di mana-mana organisasi/syarikat dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku yang akan menyusahkan banyak pihak.

Pastikan anda telah buat semakan latar belakang syarikat dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.

Jangan memohon jika anda tidak boleh bertanggungjawab atas permohonan anda.

Sila rujuk semula pautan slaid Taklimat Pengenalan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kursus LI dan pendaftaran syarikat di SPMP.

Rabu, Julai 16, 2025

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2024/2025 FASA2 & PKLI

   Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi II : 2024/2025 FASA 2 & PKLI, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2024/2025 FASA 2 & PKLI adalah pada 28  JULAI 2025 (ISNIN) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 28 Julai 2025 - 31 Julai 2025 (Isnin - Khamis). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/CkGgAY4TXi75Aww7A, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Slaid Pembentangan
    • Borang Appendix E1 (DUT600610) & Appendix 1 (DUT60019) - link untuk majikan https://bit.ly/PenilaianMajikanLISesiII24-25
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Khamis, Mei 15, 2025

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2024/2025 FASA1

 Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi II : 2024/2025 FASA 1, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2024/2025 FASA 1 adalah pada 26 MEI 2025 (ISNIN) bermula jam 8.00 pagi di DEWAN KULIAH UTAMA (DKU), PTSB dan seterusnya Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 26 Mei 2025 - 29 Mei 2025 (Isnin - Khamis). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk DGU & JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk DGU & JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/CkGgAY4TXi75Aww7A, iaitu;
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.

Isnin, Januari 13, 2025

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi I : 2024/2025 FASA2 & PKLI

  Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi I : 2024/2025 FASA 2 & PKLI, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2024/2025 FASA 2 & PKLI adalah pada 20 JANUARI 2025 (ISNIN) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 20 Januari 2025 - 23 Januari 2025 (Isnin - Khamis). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk DGU & JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk DGU & JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/C2gb545YTqHSrpVi6, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Slaid Pembentangan
    • Borang Appendix E1 (DUT600610) & Appendix 1 (DUT60019) - link untuk majikan https://forms.gle/KrTabR9SLKCVvomr6