Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi 2 : 2022/2023 akan datang, pendaftaran kursus Latihan Industri perlu dibuat dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap sebelum atau pada ;
06 OKTOBER 2022
Dokumen yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Penasihat Akademik untuk disahkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) masing-masing.
Disertakan pada pautan di bawah ini, dokumen pendaftaran dan borang jawapan (beserta surat permohonan) yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran tadi serta untuk kegunaan memohon latihan industri di organisasi masing-masing. Dokumen juga boleh didapati di laman web SPMP iUPLI seperti yang semua sudah sedia maklum.
DOKUMEN PENDAFTARAN
BORANG JAWAPAN & SURAT PERMOHONAN LI
Pastikan anda tidak berlengah dalam membuat permohonan dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku dan menyusahkan banyak pihak.
Sila rujuk semula pautan slaid Taklimat Pengenalan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran kursus LI.
SLAID TAKLIMAT PENGENALAN LI SESI 2 : 2022/2023