Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi DISEMBER 2017 (PENILAIAN KHAS). Berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;
- Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi DISEMBER 2017 (PENILAIAN KHAS) adalah pada 25 JUN 2018 (Isnin) jam 8.00 pagi di Dewan Kuliah Utama, PTSB.
- Pendaftaran dibuat terus di Jabatan Pengajian masing-masing sebaik sahaja Taklimat di Dewan Kuliah Utama tamat.
- Proses Penilaian akan dilaksanakan bermula pada 25 JUN 2018 (Isnin) sehingga 27 JUN 2018 (Rabu).
- Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri di Jabatan Pengajian masing-masing untuk urusan penilaian.
- Semasa penilaian, pelajar perlu mengemukakan:
- LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI yang telah SIAP SEPENUHNYA dan telah di"binding"
- JURNAL REFLEKSI
- SURAT/BORANG PENGESAHAN TAMAT LI
- Appendix 1 (Borang Penilaian “Practical Task”)
- Appendix 2 (Borang Penilaian “Journal Reflective”)
- Appendix 3 (Borang Penilaian Pemantau "Observation Form" - Jika tidak dikutip oleh pemantau sahaja)
- Pensyarah penilai akan menilai hasil pembentangan (10%) dan Laporan Akhir Latihan Industri (20%) berpandukan borang pemarkahan Appendix 4 dan Appendix 5 (berada di dalam Jurnal Refleksi atau boleh dimuat turun melalui laman web ini).
- Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
**PELAJAR DIHARAPKAN SENTIASA BERHEMAH SEMASA BERURUSAN DAN WAJIB MEMATUHI KOD ETIKA BERPAKAIAN SEMASA DI DALAM KAWASAN KAMPUS POLITEKNIK.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.
Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan