Rabu, Mac 11, 2026

Pastikan pendaftaran Kursus Latihan Industri Sesi II:2025/2026 SELESAI, tempoh LI yang telah BERUBAH, serta buat pencarian syarikat bermula sekarang!

  Kepada pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada Sesi I:2026/2027 akan datang, pastikan anda telah membuat pendaftaran kursus Latihan Industri secara atas talian semasa Taklimat Pengenalan Latihan Industri Sesi I:2026/2027 tempohari. Tempoh penghantaran dokumen kursus juga telah berakhir dan seharusnya nama anda telah berada dalam senarai pelajar LI untuk sesi ini. Pastikan anda SEMAK STATUS anda dalam SPMP iUPLI untuk pengesahan.

Untuk makluman, tempoh LI seperti dihebahkan semasa Taklimat Pengenalan tempohari telah berubah kepada tarikh yang baharu, iaitu ;

Tempoh li asal : 07@08 JUN 2026 - 22@23 OKTOBER 2026
TEMPOH LI BAHARU : 14@15 JUN 2026 - 29@30 OKTOBER 2026

Maka dengan selesainya fasa pendaftaran itu, adalah menjadi tanggungjawab anda sekarang untuk melakukan pencarian tempat LI yang akan menjadi destinasi anda seterusnya untuk sesi hadapan. 

Pastikan anda TIDAK BERTANGGUH untuk membuat permohonan di mana-mana organisasi/syarikat dan sentiasa 'follow up' setiap permohonan untuk mengelakkan permohonan 'last minute' berlaku yang akan menyusahkan banyak pihak.

Pastikan anda telah buat SEMAKAN LATAR BELAKANG SYARIKAT dan elakkan dari memohon tempat LI tanpa mengetahui skop kerja, bidang dan operasi syarikat yang sebenar.

SILA;
* Mohon awal. Satu sahaja. Ditolak, baru cari lain.
* Bertanggungjawab atas permohonan anda. 
* Pembatalan syarikat WAJIB disertai surat rasmi.
* Dah dapat, sila komited.
* Pertukaran tidak dibenarkan selepas tarikh 1 minggu sebelum LI bermula.


Ahad, Januari 04, 2026

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi I : 2025/2026 FASA2 & PKLI

  Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi I : 2025/2026 FASA 2 & PKLI, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi I : 2025/2026 FASA 2 & PKLI adalah pada 12 JANUARI 2026 (ISNIN) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 12 - 15 Januari 2026 (Isnin - Khamis). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://forms.gle/s1uetdUuYT7GXddC6, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Slaid Pembentangan
    • Borang Appendix E1 (DUT600610) & Appendix 1 (DUT60019) - link untuk majikan https://forms.gle/4cnYNEJb9MvSJWDD8
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.