Khamis, Julai 25, 2024

Panduan Perlaksanaan Penilaian Tamat Latihan Industri Sesi II : 2023/2024 FASA 2 & PKLI

  Perhatian kepada semua pelajar yang akan tamat latihan industri Sesi II : 2023/2024 FASA 2 & PKLI, berikut adalah maklumat penting yang perlu dipatuhi semasa daftar balik LI;

  • Pendaftaran Tamat Latihan Industri sesi II : 2023/2024 FASA 2 & PKLI adalah pada 18 OGOS 2024 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi di Jabatan Pengajian masing-masing.
  • Proses Penilaian pelajar dilaksanakan bermula dari 18 Ogos 2024 - 19 Ogos 2024 (Ahad -Isnin). 
  • Pelajar perlu berhubung terus dengan Pensyarah Penilai di Jabatan Pengajian masing-masing (sila rujuk link di bawah) untuk penetapan masa dan tarikh penilaian sesuai dengan ketetapan tarikh di atas tadi.
  • Senarai termasuk DGU & JP, tetapi hanya untuk semakan sahaja. 
  • Perlu diingatkan, Pelajar DGU & JP, TIDAK TERLIBAT dengan Penilaian Akhir di PTSB. 
  • Hanya pelajar DKA, JKE & JKM sahaja perlu menghadiri sesi pendaftaran tersebut. Namun demikian, SEMUA pelajar (termasuk DGU & JP) WAJIB memuatnaik salinan softcopy semua dokumen tamat LI di link https://bit.ly/4b0Wehb, iaitu;
    • Laporan Akhir Latihan Industri
    • Jurnal Refleksi
    • Borang/Surat Tamat Latihan Industri
    • Slaid Pembentangan
    • Borang Appendix E1 (DUT600610) & Appendix 1 (DUT60019) - link untuk majikan https://bit.ly/3WQS1JF (bermula 5/8/2024 sehingga 16/8/2024)
  • Sekiranya terdapat permasalahan dan pertanyaan, pelajar boleh berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri Jabatan atau Pegawai di Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
PERHATIAN : Pelajar MESTI menepati dan mengikuti segala perancangan yang telah dinyatakan di atas bagi melancarkan proses tamat latihan industri serta proses penilaian yang akan dilaksanakan.

Harap maklum.